ARSENAL melengkapkan proses menandatangani Gabriel Jesus daripada Manchester City, demikian disahkan pasukan The Gunners itu semalam.
Penyerang kebangsaan Brazil berkenaan mengikat kontrak jangka panjang di Stadium Emirates, yang dilaporkan melibatkan kesepakatan bernilai sekitar £45 juta (RM240.48 juta).
Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas turut mendatangkan Matt Turner, Marquinhos dan Fabio Vieira.
Arsenal mengesahkan pembelian itu dalam laman web rasmi mereka dan pengurus, Mikel Arteta, berkata: "Saya amat teruja.
"Kelab ini telah melakukan kerja yang hebat untuk mendatangkan pemain sepertinya.
"Saya amat mengenali Gabriel secara peribadi dan kita semua mengenalinya berdasarkan prestasinya dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan dia amat berjaya sepanjang di sini.
"Ini posisi yang sudah lama berada dalam radar kami dan kami berjaya mendapatkan pemain yang benar-bnar kami inginkan, jadi saya amat gembira," katanya.
Jesus menyertai City daripada Palmeiras pada 2016 dan menjaringkan 95 gol sepanjang 234 penampilan dalam kesemua kejohanan di bawah bimbingan Pep Guardiola.
Pemain berusia 25 tahun itu turut mempamerkan aksi cemerlang pada penghujung musim 2021-22, di mana dia menjaringkan empat gol dalam kemenangan 5-1 City ke atas Warford pada April lalu yang memastikan mereka mengekalkan kejuaraan EPL.
Bagaimanapun, dengan persaingan yang akan dihadapinya selepas ketibaan Erling Haaland dan Julain Alvarez di Stadium Etihad, Jesus memilih untuk menyertai Arsenal bagi mendapatkan lebih waktu permainan.
Astro Arena
Tue Jul 05 2022

Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini. - Foto Astro ARENA

Penuhi Permintaan | Google Cloud akan bawa rantau awam pertamanya ke Malaysia
Google Cloud umum akan membawa rantau awan pertamanya ke Malaysia bagi penuhi permintaan perkhidmatan itu yang semakin meningkat dalam negara dan seluruh dunia. Ia membantu usahawan dan organisasi tempatan mempercepatkan transformasi digital dan mencipta kelebihan daya saing baharu, selain menyokong rancangan pembangunan ekonomi negara seterusnya.

Siasatan projek LCS | Luluh hati selepas bentangkan laporan PAC
Demikian jawapan Pengerusi PAC, Wong Kah Woh berhubung projek tersebut selepas jawatankuasa itu menyiapkan dan membentangkan laporan 247 halaman bersama dengan 489 halaman hansard dan 192 halaman slaid projek LCS.

Ekonomi Malaysia | Dijangka kekal kukuh pada suku ketiga - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata antara petunjuk ekonomi yang menunjukkan arah aliran pertumbuhan termasuk kadar pengangguran menurun kepada 3.8 peratus pada Jun lalu.

Barang Mahal | Bagaimana B40 menyesuaikan diri?
Sudah tentu, golongan B40 adalah mereka yang paling terkesan dengan kenaikan harga barang. Semalam, saya meluangkan masa untuk mengunjungi beberapa individu yang tinggal di PPR dan flat kos rendah di ibu negara, untuk bertanya bagaimana mereka menyesuaikan kehidupan dengan keadaan yang semakin sukar.

'Bumbung, palang melayang masuk rumah' - Johor Jaya dilanda ribut, banjir kilat
Ribut, hujan lebat beserta angin kencang lebih 30 minit menyebabkan enam bumbung Rumah Pangsa Ros Merah di Johor Jaya, tercabut diterbangkan angin petang tadi.
![AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982321/thumbnails/19650021631660304234000_640x360.jpeg)
AWANI Borneo [12/08/2022] - KDNK suku kedua tumbuh kukuh | Kecewa tindakan Anwar | Kurangkan serangan sang bedal
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar; 1. Perkembangan KDNK bukan cerminan realiti kehidupan rakyat - Kata pakar 2. Kecewa tindakan Anwar punca Naib PengerusI MPN Sabah letak jawatan 3. JHL Sabah setuju cadangan Bung Moktar tangkap buaya di Sungai Kinabatangan Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.

Astro AWANI dekati golongan terkesan impak inflasi di PPR Muhibbah malam ini
Buletin AWANI745 dan Agenda AWANI akan bersiaran secara langsung dari PPR Kampung Muhibbah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini.

Hari Gajah | Kerjasama bersepadu tangani konflik manusia dan gajah
Konflik antara manusia dan gajah sering berakhir dengan kematian kerana haiwan terlindung yang menceroboh ke kawasan perkampungan dianggap sebagai ancaman. Mengelak perkara itu berterusan, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga menyeru masyarakat agar bekerjasama dengan pihaknya untuk membantu menyelamatkan haiwan itu.

KDNK | Rencana inisiatif bantu rakyat B40
Meskipun ekonomi Malaysia catat pertumbuhan 8.9 peratus pada suku kedua tahun 2022, tetapi masyarakat khususnya golongan B40 masih merasai beban harga barangan keperluan asas yang mahal. Menurut Ketua Kampung Kampung Nangoh, Juan Pauting, pertumbuhan ekonomi itu diharap dapat merencana inisiatif-inisiatif lain oleh kerajaan bagi membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Serangan Buaya | Operasi tangkap buaya di Sungai Kinabatangan
Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah akan menjalankan operasi menangkap buaya di Sungai Kinabatangan dalam mengurangkan kejadian serangan reptilia itu. Pengarahnya, Augustine Tuuga berkata operasi berkenaan akan difokuskan di kawasan tebing sungai yang berpenduduk.

EPL: Arsenal buka kempen dengan mata penuh
Arsenal memulakan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2022/23 dengan kemenangan bergaya 2-0 ke atas Crystal Palace.

Arsenal tandatangani Gabriel Jesus daripada Manchester City
Jesus menjadi pemain keempat dibawa masuk Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini selepas.

Atasi Everton tidak cukup bawa Arsenal ke UCL
Gabriel Martinelli membuka jaringan pada minit ke-27 dan Eddie Nketiah kemudian menggandakan jaringan.

Arsenal perkukuh cengkaman empat terbaik EPL
Gol The Gunners dijaringkan Eddie Nketiah pada minit kelima dan ke-10' untuk selesa mendahului babak pertama 2-0.

Scholes dakwa bilik persalinan United dalam 'berantakan', seperti bencana
Harapan United untuk menamatkan saingan di empat teratas Liga Perdana berakhir apabila mereka tewas kali ketiga dalam empat perlawanan liga utama.

Arsenal toreh luka Manchester United
Biarpun persembahan United bertambah baik secara umumnya, bahagian pertahanan mereka pula terus goyah.

Astro peroleh hak penyiaran EPL sehingga musim 2024/25
Perjanjian baharu ini bakal menyaksikan Astro terus membawakan kesemua 380 perlawanan EPL dalam definisi tinggi (HD), dan sesetengah perlawanan terpilih dalam definisi 4K UHD.

Gol berganda Nketiah pastikan Arsenal benam Chelsea
Pemain berusia 22 tahun itu menamatkan penantian jaringan sejak April 2021 dengan gol pembukaan di Stamford Bridge pada minit ke-13.

Xhaka hampir tinggalkan Arsenal gara-gara kebencian penyokong
Pemain kebangsaan Switzerland itu berkata dia berasa 'amat tidak dihormati' selepas diejek oleh penyokong sendiri.

Pemain Arsenal, Thomas Partey peluk Islam
Partey bagaimanapun belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.