ARSENAL 1 MANCHESTER UNITED 3
Arsene Wenger berasakan Arsenal telah mempamerkan aksi cemerlang ketika bertemu Manchester United bagaimanapun telah dihukum dengan kesilapan pertahanan.
The Gunners menyaksikan rekod 100 peratus di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur apabila skuad kendalian Jose Mourinho meraih kemenangan 3-1 di Stadium Emirates.
Antonio Valencia meledak gol pertama selepas kesilapan yang dilakukan Laurent Koscielny selepas hanya empat minit perlawanan berlangsung, sebelum Jesse Lingard menyempurnakan gerakan kemas melibatkan Romelu Lukaku dan Anthony Martial serta memaksa Shkodran Mustafi kehilangan kawalan bola.
Arsenal memberikan asakan sepanjang perlawnan, tetapi jaringan gol Alexandre Lacazette gagal menghidupkan semangat mereka selepas Lingard meledak gol kedua sekali lagi di atas kesilapan pertahanan tuan rumah.
Wenger berbangga dengan jentera serangan pasukannya, tetapi berang kerana usaha mereka dihukum dengan kesilapan di awal permainan.
"Kami tidak bertahan dengan baik pada permulaan permainan, tetapi secara keseluruhan, kami beraksi cemerlang," katanya.
"Selepas ketinggalan 2-0, kami mampu untuk bangkit. Kami memiliki peluang yang banyak.
"Saya berasakan Arsenal telah mempamerkan aksi yang mantap. Cuma gagal mencari sentuhan penyudah."
Arsenal memiliki mengawal permainan sebanyak 75 peratus dan melepaskan 33 percubaan, tetapi pertahanan ampuh United serta penjaga gol, David de Gea menjadi penghalang mereka.
"Ia merupakan satu misteri kami tidak menjaringkan gol tetapi De Gea merupakan pemain terbaik perlawanan."
Astro Arena
Sun Dec 03 2017
Jesse Lingard menjaringkan gol ketiga untuk Manchester United ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal di Stadium Emirates, London, Britain, 2 Disember, 2017. REUTERS
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Solskjaer enggan tolak ansur pemain "didorong wang, kemasyhuran"
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak akan bertolak ansur dengan pemain-pemain di Manchester United yang "didorong oleh wang atau kemasyhuran".
Valencia umum tinggalkan Manchester United
Ketua pasukan Manchester United, Antonio Valencia, mengesahkan akan meninggalkan Old Trafford melalui satu pengumuman di Instagramnya.
Valencia bakal tinggalkan Old Trafford
Kapten Manchester United itu telah berkhidmat bersama kelab tersebut selama 10 tahun.
Antonio Valencia kekal ketua pasukan Manchester United
Solskjaer mengesahkan bahawa Antonio Valencia akan kekal sebagai ketua pasukan kelab itu apabila dia kembali cergas.
Manchester United menang namun jurang masih jauh
Paul Pogba cemerlang untuk membantu Red Devils menang 3-0 ke atas Stoke City.
De Gea penjaga gol terbaik dunia - Mourinho
Jesse Lingard menjaringkan dua gol selepas gol pembukaan yang dihasilkan oleh Antonio Valencia sekaligus merekodkan kemenangan kedua berturut-turut di laman lawan dalam saingan EPL buat pertama kali.
Arsenal telah pamer aksi cemerlang - Wenger
The Gunners menyaksikan rekod 100 peratus di laman sendiri dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) lebur apabila skuad kendalian Jose Mourinho meraih kemenangan 3-1 di Stadium Emirates.