awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arteta dikritik sekat kreativiti Eze

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2025
00:15 MYT
Arteta dikritik sekat kreativiti Eze
Prestasi Eze dilihat merudum apabila gagal mencetak sebarang gol atau bantuan jaringan sejak meledak hatrik memukau ketika menentang Tottenham Hotspur bulan lalu. - Foto Sinar Harian
PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta berdepan kritikan hebat berhubung corak penggunaan pemain bintang, Eberechi Eze susulan perpindahan bernilai £67.5 juta dari Crystal Palace ke Emirates pada musim panas lalu.
Bekas pemain Liga Perdana Inggeris yang kini bertugas sebagai pengulas sukan, Paul Parker mendakwa Arteta seolah-olah menyekat kreativiti pemain antarabangsa England tersebut.
Prestasi Eze dilihat merudum apabila gagal mencetak sebarang gol atau bantuan jaringan sejak meledak hatrik memukau ketika menentang Tottenham Hotspur bulan lalu.
Keadaan itu diburukkan lagi dengan kepulangan kapten pasukan, Martin Odegaard daripada kecederaan yang meningkatkan persaingan sengit bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama The Gunners.
Parker secara terbuka mempersoalkan tindakan Arsenal membelanjakan wang yang besar untuk Eze namun akhirnya 'merantai' kebebasan pemain itu di atas padang.
"Saya suka apa yang dilakukan Morgan Rogers untuk Aston Villa, dan saya fikir ia serupa dengan apa yang dilakukan Eberechi Eze untuk Crystal Palace apabila dia bermain dalam peranan yang sama.
"Eze sangat cemerlang ketika itu, dan saya fikir dia adalah pemain tengah menyerang terbaik dalam Liga Perdana musim lalu.
"Namun, saya fikir kebebasan itu telah dirampas daripadanya oleh Mikel Arteta sejak berpindah ke Arsenal. Mereka membelinya kerana prestasi asalnya, tetapi apabila mendapatkannya, mereka cuba menyuruhnya melakukan sesuatu yang berbeza. Ia tidak masuk akal untuk wang sebanyak itu," kata Parker.
Bagaimanapun, Arteta mungkin tidak bersetuju dengan penilaian tersebut memandangkan beliau sebelum ini menegaskan akan memberi kebebasan kepada Eze dalam kerangka taktikalnya.
"Saya sangat kagum dengannya (Eze). Dia sangat cerdas, mempunyai tenaga istimewa dan aura yang tersendiri.
"Dia sudah mengumpul banyak maklumat tentang apa yang kami mahu lihat di atas padang, memastikan dia mempunyai kebebasan dan kapasiti untuk mengekspresikan kualitinya yang merupakan sebab mengapa kami membawanya ke sini," jelas Arteta mempertahankan pendekatannya.
Musim ini, Eze telah dikerahkan di pelbagai posisi bermula dari sayap kiri, perancang permainan, sehinggalah bertindak sebagai pemain tengah nombor lapan di sebelah kiri.
Walaupun perubahan posisi itu belum diterjemahkan kepada hasil yang konsisten, Arsenal yang kini bergelut untuk menembusi pertahanan lawan mungkin memerlukan semula sentuhan magis Eze. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Arsenal
#Mikel Arteta
#Eberechi Eze
#Paul Parker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan