Pemenang Kasut Emas 2010, Mohammad Ashari Samsudin, mengesahkan akan meninggalkan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu dan menyertai Pahang untuk saingan musim 2017.
Digelar ‘The Silent Killer’ oleh peminat pasukan Terengganu, Ashari, 31, memulakan karier pada 2005 dan namanya mula meniti di bibir penyokong Sang Penyu selepas kejayaan memenangi emas Sukan Malaysia (Sukma) 2008.
Tahun yang sama menyaksikan Ashari membuat penampilan sulung bersama skuad negara di bawah kendalian B. Sathianathan, malah turut membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, dua tahun kemudian.
2011 adalah tahun gemilang Ashari dan Terengganu khususnya, dengan kejayaan memenangi Piala FA serta gelaran naib juara Liga Super dan Piala Malaysia.
“Banyak kenangan manis selama 12 tahun berbakti untuk Terengganu, namun sudah tiba masa untuk saya berhijrah dan mencuba nasib bersama pasukan baharu.
“Sudah tentu saya turut berasa kecewa dengan kegagalan membantu Terengganu mengecapi kejayaan yang diidam-idamkan sejak kebelakangan ini.
“Memandangkan saya juga sudah lama bersama Terengganu, jadi itu mendorong saya membuat keputusan meninggalkan pasukan kesayangan ini dan menyarung jersi Pahang, musim depan.
“Saya berharap dapat meningkatkan prestasi dan mengembalikan sentuhan pemusnah, seterusnya membantu pasukan baharu untuk memberi cabaran pada 2017.
“Untuk itu, saya perlu menggandakan usaha dalam merebut tempat kesebelasan utama dan memberikan yang terbaik.
“Menjulang satu piala bersama Pahang menjadi sasaran saya, namun masih harus menyesuaikan diri dengan cepat,” katanya.
Astro Arena
Mon Nov 07 2016
Ashari, 31, memulakan karier pada 2005 dan namanya mula meniti di bibir penyokong Sang Penyu selepas kejayaan memenangi emas Sukan Malaysia (Sukma) 2008. - Foto BERNAMA
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Ashari sah sertai skuad Tok Gajah
Mohammad Ashari Samsudin, mengesahkan akan meninggalkan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu dan menyertai Pahang untuk saingan musim 2017.