KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa.
Ahmad Faizal berkata pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing.
"Cuma kita tidak meletakkan mereka di bawah Program Podium, seperti sebuah akademi yang kita jaga di bawah satu bumbung. Itu perkara yang perlu difahami semua," katanya dalam program Inklusif terbitan TV1, malam tadi.
Beliau turut menangkis dakwaan bahawa Program Podium di bawah MSN itu dihentikan.
Katanya Kementerian Kewangan berpandangan perbelanjaan negara perlu diutamakan ke arah proses pemulihan pasca pandemik COVID-19, dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerima pandangan itu.
SUKAN-AHMAD FAIZAL (ATLET) 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
"Walaupun (penurunan) daripada lebih kurang RM40 juta yang telah diperuntukkan tahun lepas kepada kosong, tetapi kami di KBS telah mencari jalan, dan kami dapat mengumpulkan dana RM17 juta untuk meneruskan Program Podium demi kelangsungan atlet berprestasi tinggi kita," katanya.
MSN sebelum ini menggugurkan 144 atlet kebangsaan dan hanya mengekalkan 293 atlet (248 normal, 45 para) bagi tahun ini, selain mengurangkan elaun latihan.
Menyentuh mengenai pengurangan dana terhadap program penyediaan atlet, Ahmad Faizal berkata jumlah jurulatih serta ahli fisoterapi disediakan kepada seseorang atlet dan jumlah kejohanan adalah aspek yang terpaksa dikompromi.
"Sebelum ini kita boleh bermewah seorang atlet kita bekalkan dengan seorang jurulatih dan ahli fisioterapi bergaji tetap, dengan pemakanan tahap terbaik dan boleh hantar ke semua kejohanan. Sekarang kita kurangkan, seorang jurulatih serta ahli fisioterapi untuk menjaga beberapa atlet dan kejohanan yang terpilih saja kita hantar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 20 2022

Ahmad Faizal berkata pengguguran itu juga tidak bermakna mereka dilarang menjalani latihan di venue dan fasiliti milik Majlis Sukan Negara (MSN) di seluruh negara dalam meningkatkan prestasi masing-masing. -Gambar fail/BERNAMA

Ten Hag teruja berkerjasama dengan Ronaldo di Man Utd
Ten Hag menyatakan dia teruja dengan prospek bekerja dengan salah seorang pemain hebat sepanjang zaman.

Kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak - Muhyiddin
"Pada dasar, kita tak halang mana-mana parti, baik dalam PN untuk ambil apa-apa langkah kerana ia berpegang pada prinsip penyatuan ummah. Kalau lihat sejarah kita pun nak sertai MN dulu tetapi kita ditolak," kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelabur asing kembali jual RM56.9 juta ekuiti minggu lalu
Laporan menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.

Pelancongan | Penerbangan terus ke Sandakan sedang diusahakan
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah sedang berusaha merealisasikan penerbangan terus masuk ke Sandakan dari beberapa negara luar termasuk Singapura. Menterinya, Datuk Jafry Ariffin berkata, pihaknya mengambil maklum permohonan beberapa pihak mengenai perkara itu.

Kontraktor mengaku tidak bersalah tikam isteri dengan pisau
Tertuduh, Mohd Ghazali Nor Hisham, 33, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim, Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Kemalangan maut 5 pelajar USAS: Pemandu treler didakwa hari ini
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Niaga AWANI: Jiwa SME | Guna pengaruh media sosial tingkat jualan cakoi
Biarpun sudah semakin dikenali kebanyakkan warga Johor Bahru....cakoi warna warni, RR Cakoi di gerai sebelah Hospital Sultan Aminah (HSA), masih menggunakan pengaruh media sosial bagi mengetengahkan produk sedia ada. Pemiliknya, Ayza Sarbani berkata selain penggunaan Facebook, Instagram dan aplikasi Whatapss, dia juga menggunakan khidmat influancer untuk menggingatkan kembali kewujudan cakoi 20 perisa itu.

Niaga AWANI: Perdagangan | FDI suku pertama 2022 kekal tinggi
Untuk mengulas lanjut perkara ini, kita bersama dengan. Prof. Dr. Sufian Jusoh Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS) UKM

BTS pecah rekod 17 tahun, jadi pemenang terbanyak Billboard Music Awards
BTS yang tercalon lewat enam anugerah, membawa pulang tiga piala, dengan memecahkan rekod, sekali gus menjadikan mereka sebagai kumpulan terbanyak dalam sejarah BMA.

Penubuhan jawatankuasa kerja banteras buruh paksa langkah wajar selesai isu minyak sawit, getah - Zuraida
Ia adalah langkah wajar bagi menyelesaikan isu berkaitan komoditi negara khususnya minyak sawit dan getah.

Jaminan Faizal Azumu kepada TMJ: Padang Stadium Nasional dijaga rapi
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi jaminan kementeriannya akan memastikan bahawa padang di Stadium Nasional Bukit Jalil diselia dan dijaga dengan baik.

Jemaah Menteri lulus RM240 juta laksana Program Podium
Berita gembira buat arena sukan negara apabila Jemaah Menteri hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM240 juta untuk pelaksanaan Program Podium bermula 2022-2025.

FAM perlu cari jalan terbaik tingkat prestasi skuad negara - Ahmad Faizal
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mencari jalan terbaik bagi meningkatkan prestasi skuad negara susulan kekalahan mengejutkan di tangan Laos pada kempen Kejuaraan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekut

Faizal Azumu akan bertemu BAM dan Lee Zii Jia
Menteri Belia dan Sukan akan membuat pertemuan dengan BAM dan Lee Zii Jia susulan keputusan BAM untuk tidak mendaftarkan bintang perseorangan itu untuk kejohananan antarabangsa selama dua tahun.

Atlet digugurkan masih boleh wakil negara, berlatih di MSN - Ahmad Faizal
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan atlet yang digugurkan daripada program latihan kebangsaan masih berpeluang mewakili negara di kejohanan antarabangsa.

Saya tiada kaitan dengan syarikat ambil alih Perak FC - Ahmad Faizal
Ahmad Faizal ang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) menegaskan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan syarikat itu.

Sukma 2022 diadakan sebelum Sukan SEA Hanoi - Ahmad Faizal
Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) akan diadakan sebelum temasya Sukan SEA Hanoi, dijangka berlangsung Mei depan.

Harapan tipis anjur pusingan kelayakan Piala Asia 2023
Harapan peminat bola sepak untuk menyaksikan Malaysia menjadi tuan rumah pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 semakin kabur.

Piala Malaysia: Peka SOP, bendung penularan COVID-19 - Faizal Azumu
Ahmad Faizal mahu pegawai dan pemain yang terlibat dalam kempen Piala Malaysia 2021 supaya lebih peka dengan prosedur operasi standard (SOP).

Belanjawan 2022: e-sukan tidak dilupakan - Faizal Azumu
Sukan elektronik atau e-sukan akan tetap mendapat peruntukan sewajarnya dalam Belanjawan 2022 yang dibentang pada hujung bulan ini, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.