awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet 'kantoi' doping perlu kemuka surat tunjuk sebab sebelum 11 Julai

Bernama
Bernama
03/07/2023
07:23 MYT
Atlet 'kantoi' doping perlu kemuka surat tunjuk sebab sebelum 11 Julai
Azura berkata sekiranya atlet itu tidak mengemukakan surat tersebut pada tarikh ditetapkan, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti sedia ada sebelum mengadakan sesi pendengaran kes tersebut.- Gambar fail/FB ADAMAS
PUTRAJAYA: Atlet olahraga yang gagal ujian doping pada Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Februari lepas diberi tempoh hingga 11 Julai ini untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS).
Pengarah ADAMAS Azura Abidin berkata sekiranya atlet itu tidak mengemukakan surat tersebut pada tarikh ditetapkan, pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan bukti sedia ada sebelum mengadakan sesi pendengaran kes tersebut.
"Bagi tempoh sekarang, atlet berkenaan perlu membalas surat tunjuk sebab dan mencabar ujian sampel B. Kita tunggu hingga 11 Julai hingga jam 5 petang..
"Kalau atlet berkenaan beri surat tunjuk sebab dan ujian sampel B barulah kita akan siasat (berdasarkan maklum balas atlet)," katanya selepas Majlis Menandatangani Akuan Sokongan Kod Sukan Selamat bersama ADAMAS, Pegawai Kawalan Doping (DCO) dan Pendidik Anti Doping di sini hari ini.
Majlis disaksikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Jun lepas, ADAMAS mengumumkan satu insiden doping melibatkan seorang atlet olahraga pada kejohanan yang berlangsung di Stadium Mini MSN, Bukit Jalil itu.
Tanpa mendedahkan butiran atlet, ADAMAS mengesahkan bahawa keputusan doping itu positif terhadap penggunaan bahan terlarang atau adverse analytical finding (AAF) bagi bahan sibutramine.
Berikutan itu, atlet tersebut digantung sementara daripada menyertai sebarang kejohanan sehingga keputusan proses pendengaran diumumkan.
Sementara itu, Azura berkata atlet yang akan menggalas cabaran negara ke Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China perlu menjalani kursus dalam talian bersama Anti Doping Education and Learning (ADEL) oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA), sebagai syarat wajib yang ditetapkan Majlis Olimpik Asia untuk menyertai temasya berkenaan.
Sukan Asia 2022 akan berlangsung dari 23 Sept hingga 8 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kantoi doping
#Kejohanan Trek dan Balapan Kesatuan Olahraga Malaysia
#Agensi Anti-Doping Malaysia
#sesi pendengaran kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan