KUALA LUMPUR: Atlet karate pekak negara, V. Yilamaran berjaya menghadiahkan pingat pertama pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam (awal pagi Selasa di Malaysia).
Atlet berusia 22 tahun itu berjaya merangkul perak menerusi acara kumite lelaki bawah 84 kilogram (kg) selepas tumpas kepada Makhno Oleksanr dari Ukraine pada aksi final.
Menurut Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Yilamaran berjaya mengatasi pesaing tuan rumah Sergio Garcia pada pusingan pertama, diikuti Avi Bokler dari Israel (suku akhir) dan Abdolghafour Ebhahim dari Iran (separuh akhir) dalam laluan ke final pada saingan yang disertai oleh wakil daripada 10 negara.
Ketua Kontinjen Negara Ong Shin Ruenn yang hadir menyaksikan perlawanan akhir itu berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran memandangkan ia adalah penyertaan sulung atlet karate tersebut di Sukan Deaflympic.
"Dengan kenangan bersejarah pada hari pertama, kontinjen sukan pekak negara berpeluang menambah lagi jumlah kutipan pingat menerusi sukan lain iaitu badminton, basikal dan olahraga," katanya menerusi Facebook MSDeaf.
Pada November tahun lepas, Yilamaran berjaya membawa pulang pingat gangsa pertama Malaysia pada Kejohanan Karate Pekak Dunia 2021 yang berlangsung di Tehran, Iran.
Mengikut laman sesawang rasmi Deaflympic, seramai 1,956 atlet dari 70 negara menyertai temasya kali ini yang bermula dari 1 hingga 15 Mei.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Yilamaran.
"Syabas atlet karate pekak negara, Yilamaran menjadi wira negara! Saya amat berbangga dengan pencapaian Yilamaran kerana ini adalah penyertaan sulung atlet karate tersebut di Sukan Deaflympic dan berjaya meraih pingat Perak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 03 2022
Atlet berusia 22 tahun itu berjaya merangkul perak menerusi acara kumite lelaki bawah 84 kilogram (kg) selepas tumpas kepada Makhno Oleksanr dari Ukraine pada aksi final. - Gambar/ Bernama
Ringgit teruskan peningkatan, dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.7850/7885 berbanding dolar AS daripada 4.7910/7950 semasa ditutup pada Rabu.
NVIDIA perkenal kad grafik RTX baharu, beri kuasa AI generatif kepada komputer riba
Kedua-dua kad grafik ini dibina menggunakan cip pemprosesan grafik Ada Lovelace yang diperlihatkan pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 4000.
Pengesahan pembayaran Google Play Store kelak akan buang sokongan kata laluan
Google dilihat akan membuang sokongan kata laluan bagi menggalakkan pengguna mengesahkan pembayaran dengan sistem biometri.
Penerbangan bawa balik jenazah mendiang Joseph Kurup dibatalkan
Jenazah mendiang sepatutnya dibawa melalui penerbangan komersial dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu untuk upacara penghormatan terakhir.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Penganalisis
Pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Tarif air pengguna domestik Perak naik 5 sen mulai 1 Mei - Saarani
Saarani berkata, beliau yakin kenaikan itu tidak terlalu tinggi dan boleh diterima oleh rakyat.
Penang FC harap kehadiran satu lagi tonggak import
Bekas penyerang kebangsaan itu berkata kehadiran pemain import amat diperlukan pada posisi tengah menyerang.
Wanita Singapura hilang di Sepanyol ditemui mati dengan kesan tikaman: Laporan
Polis tempatan tahan seorang lelaki warga Singapura untuk dirakam keterangan.
Google tidak akan tuntut hak cipta atas kandungan dijana AI
Google tidak akan menuntut hak cipta output yang telah dijana dengan perkhidmatan AI generatif mereka.
Atlet karate pekak Yilamaran raih perak di Deaflympic ke-24
Atlet karate pekak negara, V. Yilamaran berjaya menghadiahkan pingat pertama pada temasya Sukan Deaflympic ke-24 di Caxias do Sul, Brazil, semalam (awal pagi Selasa di Malaysia).