KUALA LUMPUR:Kerajaan perlu mengkaji cadangan memberikan perlindungan insurans perubatan percuma kepada atlet-atlet kebangsaan yang telah banyak berkorban dalam membawa kejayaan kepada negara di arena antarabangsa.
Presiden Persatuan Olimpian Malaysia (MOA) Karu Selvaratnam berkata tidak ramai bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam sukan Olimpik, dapat hidup dengan selesa selepas bersara, di samping tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perubatan yang semakin meningkat.
"Lagipun mereka telah berlatih bersungguh-sungguh dalam usaha membawa kejayaan dan menjadi kebanggaan negara dengan memenangi pingat serta memainkan lagu kebangsaan dalam acara-acara antarabangsa. Mungkin kerajaan boleh menetapkan kriteria kelayakan tertentu seperti sekurang-kurangnya telah lima tahun mewakili negara.
"Negara-negara seperti Sri Lanka telah mengambil langkah itu, dengan memberikan perlindungan perubatan kepada bekas Olimpian. Kerajaan perlu melihat perkara ini.
"Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) sememangnya membantu, tetapi dana yang ada tidak mencukupi untuk memberi perlindungan perbelanjaan perubatan yang tinggi," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Karu mengesahkan tidak akan bertanding mempertahankan jawatannya dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) MOA pada 22 Nov ini kerana ingin memberi peluang kepada generasi muda mengetuai persatuan itu.
Karu yang telah menjadi presiden sejak 2016 berkata telah sampai waktunya untuk beliau berehat selepas hampir 45 tahun terlibat secara sukarela dalam aktiviti berkaitan sukan, sejak bersara sebagai atlet aktif, termasuk menghidupkan kembali persatuan dari pembatalan pendaftaran.
"Ketika diminta untuk aktif semula dalam MOA pada 2014, saya bersetuju tanpa mengetahui persatuan itu telah dibatalkan pendaftarannya akibat tidak aktif selama beberapa tahun.
"Kami kemudiannya menubuhkan jawatankuasa interim dan akhirnya berjaya mengadakan AGM pada Jun 2016.
"Pada 2018, saya telah bersetuju terus memegang jawatan itu selepas diminta untuk kekal dua tahun lagi sehingga dapat mencari pengganti, tapi sekarang, saya telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri, masa untuk menyerahkan tanggungjawab kepada seseorang yang lebih muda dengan idea baru untuk membawa MOA ke tahap seterusnya," kata bekas atlet Olimpik berusia 79 tahun itu.
Dengan tarikh pencalonan yang akan ditutup pada 5 Nov ini, bekas atlet lari berpagar Noraseela Mohd Khalid dikatakan akan dicabar oleh bekas pelumba basikal negara Josiah Ng untuk merebut jawatan tertinggi persatuan itu.
Karu yang merupakan bekas atlet dan pemain kriket yang telah mewakili negara dalam acara lumba lari berpagar 400m dan lari berganti-ganti 4x400m pada Olimpik Tokyo 1964, berharap jawatankuasa baharu yang akan dipilih nanti mampu membawa persatuan ke tahap yang lebih tinggi.
"Saya mendoakan yang terbaik, semoga bekas Olimpian akan membuat keputusan yang baik dalam memilih siapa yang akan menerajui MOA untuk tempoh dua tahun ini.
"Jawatankuasa baharu seharusnya perlu melihat bagaimana cara untuk memasarkan persatuan itu dan meningkatkan nilainya, supaya lebih banyak perkara boleh dilakukan terutama dalam usaha membantu ahli-ahli," katanya.
Antara kejayaan Karu ketika berada dalam MOA adalah meningkatkan bilangan ahli dan meyakinkan bekas Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar agar badan induk itu membayar yuran keahlian kepada semua bekas Olimpian, sejak Olimpik Rio 2016 untuk menjadi ahli seumur hidup MOA.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 29 2020
Karu Selvaratnam berkata tidak ramai bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam sukan Olimpik, dapat hidup dengan selesa selepas bersara. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
10 syarikat swasta bersetuju bantu kerajaan perkasakan TVET - Sivakumar
Sebanyak 10 syarikat swasta terbesar akan memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan kerajaan dalam masa terdekat sebagai permulaan ke arah usaha memperkasakan TVET.
Kerajaan sasar penghasilan beras tempatan kepada 75 peratus - Ronald Kiandee
Ronald berkata, dasar sedia ada ialah 70 peratus penghasilan beras tempatan, manakala bagi 30 peratus lagi diimport dari luar.
Atlet negara perlu dilindungi insurans perubatan - MOA
Karu Selvaratnam berkata tidak ramai bekas atlet kebangsaan, termasuk yang pernah mewakili negara dalam sukan Olimpik, dapat hidup dengan selesa selepas bersara.
PKPB: MKN gariskan SOP bagi operasi sektor pertanian, industri asas tani
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) menggariskan prosedur operasi standard (SOP) untuk beberapa sektor terlibat.
Bekalan barangan keperluan cukup sepanjang Ramadan - Ismail Sabri
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan keperluan makanan harian di negara ini mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara secara berterusan.
PPBMM gesa kerajaan buat kiraan, rekod stok beras secara fizikal
PPBMM mempersoalkan di manakah stok simpanan beras Negara disimpan dan bagaimanakah mekanisme pengedaran stock beras dilaksanakan.
Perintah Kawalan Pergerakan: Adakah pintu masuk negara masih beroperasi? MOA jawab
Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan pada Isnin, pelbagai persoalan yang timbul ditujukan pada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA).
Perintah Kawalan Pergerakan: Pasar malam, pasar tani boleh dibuka?
Berikut senarai soalan lazim yang ditanya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan pada Rabu (18 Mac).
Salahuddin Ayub mohon maaf kepada petani, penternak dan nelayan
Beliau berkata telah mencuba yang terbaik selama satu tahun lapan bulan untuk memperjuangkan nasib mereka.
MOA bantu petani terjejas akibat kemarau di Melaka dan Kedah
Data atau maklumat tepat berkaitan jumlah mereka yang terjejas akan dikumpul dan melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan.