Beberapa atlet negara melahirkan rasa syukur dapat kembali menjalani latihan fizikal seperti biasa di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, sebagai persediaan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada tahun depan.
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berkata beliau gembira dapat kembali meneruskan latihan di Pusat Akuatik Nasional setelah terpaksa menjalani latihan ringan di rumah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu.
"Saya lega dan gembira dapat kembali ke persekitaran asal (latihan fizikal di Bukit Jalil), dan tak sabar untuk mulakan latihan.
"Sudah hampir tiga bulan saya tidak terjun, jadi saya rasa latihan perlu dijalankan segera bagi mendapatkan rentak terjunan sebelum menghadapi Sukan Olimpik pada tahun depan," katanya kepada Bernama.
Pada masa sama, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu menjelaskan beliau sedia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk mengehadkan pergerakan di sekitar Bukit Jalil, jarakan sosial satu meter serta penggunaan pencuci tangan bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
Berkongsi pandangan sama adalah pemanah para negara, S. Suresh yang gembira dapat menjalani latihan fizikal di Padang Memanah Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, setelah terpaksa mengehadkan sesi latihan di kawasan rumah susulan pelaksanaan PKP pada Mac lalu.
"Sebelum ini, saya sekadar menjalani latihan menggunakan tali getah dan sebagainya di rumah, tapi apabila MSN panggil saya kembali menjalani latihan seperti biasa, perasaan saya amat teruja.
"Jurulatih (Marzuki Zakaria) masih belum memaklumkan mengenai corak latihan, namun saya sedia mematuhi SOP yang dikeluarkan pihak terlibat bagi mengelakkan jangkitan Covid-19," jelas anak jati Kedah itu.
Seramai 142 atlet, pegawai sukan dan staf sokongan dari MSN dan Institut Sukan Negara (ISN) melapor diri untuk kem latihan pusat program Road to Tokyo (RTT) 2020 di Bukit Jalil yang bermula semalam.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Timbalannya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal turut meluangkan masa meninjau kem latihan pusat berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 08 2020
Seramai 142 atlet, pegawai sukan dan staf sokongan dari MSN dan ISN melapor diri untuk kem latihan pusat program RTT 2020 di Bukit Jalil bermula 8 Jun, 2020. - Gambar fail
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Ketengah ‘Malam Graduasi’, konsert Ada Apa Dengan Melly & Friends 1 Jun depan
Pemilihan konsep malam graduasi adalah peluang peminat mengimbau kembali momen selepas tamat zaman persekolahan.
Program setahun bersama Kerajaan MADANI: Prasarana tawar diskaun 25 peratus
Prasarana menawarkan diskaun hingga 25 peratus untuk perkhidmatan rel dan BRT dari atau ke Stesen LRT Bukit Jalil, bersempena dengan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI.
Mayat dalam kereta: Polis berkas lima lelaki
Hasil siasatan mendapati kes ini berkaitan satu laporan polis bersabit Bukit Jalil 8063/23 yang disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan.
Komposer muzik terkenal India Yuvan bakal adakan konsert di Malaysia pada Sabtu
Komposer muzik terkenal India, Yuvan Shankar Raja, bersedia untuk memukau penonton dengan persembahan dinamik menerusi konsert bertajuk "HIGH ON U1 - LIVE IN KUALA LUMPUR 2023" pada Sabtu ini.
Blinks Indonesia tercabar, Sitizoner naik angin - Panas konsert BLACKPINK di media sosial
Kami senaraikan beberapa perkara menarik yang menjadi buah mulut netizen dalam konsert Born Pink Live in KL.
Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 2 pagi
Operasi semua stesen lain akan turut dilanjutkan bagi membolehkan penumpang menuju ke destinasi akhir.
Piala AFF: Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi Thailand, harga kekal RM30
Hanya 59,000 tiket dijual bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara skuad Harimau Malaya dengan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini (7 Jan).
Piala AFF 2022: Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 malam
Operasi Stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam pada 3 Januari ini.
Pandelela, Tze Liang menang emas di GP Terjun
Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong kembali menguasai acara kegemarannya, selepas memenang pingat emas di Grand Prix Terjun FINA.
Aksi ONE Championship kembali ke KL Oktober ini
Selepas hampir dua tahun, ONE Championship akan kembali menggegarkan ibu negara bulan depan, menampilkan dua jaguh MMA tanah air.