KUALA LUMPUR: Atlet di bawah Program Podium perlu menjadikan pengumuman elaun bulanan yang ditukar kepada gaji oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebagai pembakar semangat untuk mereka melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya telah menunaikan hasrat atlet berhubung perkara tersebut dan justeru, sudah tiba masa mereka berusaha sehabis mungkin bagi melayakkan diri ke temasya sukan paling berprestij itu.
"Kita mahu atlet podium bukan sahaja badminton kerana mereka sekarang ini akan tandatangan untuk menerima gaji... jadi atlet kena lihat bahawa latihan sahaja tidak cukup kerana rakyat Malaysia mendoakan mereka serta mahu lihat hasilnya," kata beliau kepada pemberita selepas Majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia di sini.
Beliau berkata masa semakin suntuk dan hanya berbaki beberapa bulan untuk atlet terbabit ke Paris bagi menyertai acara yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 12 Ogos depan.
"Saya mahu mereka pastikan dapat layak dan ambil serius berhubung perkara ini. Bukan semua dapat peluang ini dan belum tentu ada peluang kedua buat mereka pada temasya Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles," katanya.
Khamis lepas, KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.
Ini bermakna sejumlah 307 atlet dan 86 atlet para di bawah program itu menerima caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja serta Pertubuhan Keselamatan Sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 14 2024

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyampaikan ucapan pada Majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia di sebuah hotel malam ini. - Foto BERNAMA

Budak rosakkan lukisan Rothko bernilai RM250 juta di muzium Belanda
Lukisan abstrak oleh artis terkenal AS Mark Rothko mengalami calar pada bahagian bawah yang tidak dilapisi varnis.
AWANIPagi | Singapore votes: What's at stake this election?
Singapore heads to the polls in a pivotal election under new leadership. What’s at stake for voters, parties, and the region? We speak to Assoc. Prof. Dr. Ja Ian Chong, political analyst from National University of Singapure for a sharp, in-depth analysis. Catch the full conversation on ASEAN KITA.

Mahkamah dengar kes Harvard mengenai pembekuan dana Trump Julai ini
Kes ini berkaitan dengan pembekuan dana persekutuan bernilai lebih daripada AS$2 bilion.

UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Pesalah seks yang menimbulkan risiko kepada masyarakat tidak seharusnya mendapat manfaat daripada perlindungan pelarian di UK.

Rakyat Kanada mengundi selepas kempen pilihan raya dikuasai perang perdagangan Trump
Dengan lebih 7.3 juta rakyat Kanada telah mengundi awal, pilihan raya ini dijangka mencatatkan rekod kehadiran pengundi.

Suruhanjaya Eropah berhubung dengan Sepanyol, Portugal susulan gangguan bekalan elektrik
Suruhanjaya sedang berhubung dengan pihak berkuasa kebangsaan Sepanyol dan Portugal untuk memahami punca asas serta kesan situasi ini.

Kardinal akan berkumpul untuk sidang papal pada 7 Mei, umum Vatican
Proses pemilihan yang berakar umbi dalam tradisi berabad-abad itu diadakan selepas Paus Francis meninggal dunia pada Isnin Easter.
Pemilihan bermula 7 Mei
Pada 7 Mei 2025, kira-kira 135 kardinal dari seluruh dunia akan berkumpul di Gereja Kecil Sistine, Vatican bagi memulakan proses pemilihan paus baharu selepas kemangkatan Pope Francis.
UK hentikan perlindungan pelarian pesalah seks
Kerajaan Britain umum pesalah seks asing tidak lagi layak mendapat perlindungan pelarian, dalam usaha memperketat keselamatan sempadan dan mempercepatkan pengusiran.
Serangan AS di Yaman ragut 68 nyawa
Sebanyak 68 migran Afrika maut selepas serangan udara yang disyaki dilakukan AS di pusat tahanan Saada, Yaman, mencetus kecaman antarabangsa terhadap risiko korban awam.

Elaun bulanan atlet Program Podium ditukar kepada gaji - Hannah
KBS mengumumkan bayaran elaun bulanan atlet yang berada di bawah Program Podium ditukar kepada gaji dan akan dinaikkan dengan minimum asas sebanyak RM1,500 sebulan.