awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet RTG perlu ''buktikan diri" di Sukan Asia

Bernama
Bernama
30/08/2023
03:53 MYT
Atlet RTG perlu ''buktikan diri" di Sukan Asia
Stuart berkata prestasi atlet pada temasya sukan empat tahun sekali itu akan dinilai secara mendalam, sebelum jawatankuasa RTG memutuskan untuk mengekalkan mereka. - Gambar fail/BERNAMA
PETALING JAYA: Atlet dalam program Road To Gold (RTG) perlu menampilkan aksi terbaik di Sukan Asia Hangzhou, China, September ini, sekiranya mahu terus disenaraikan dalam program itu.
Penyelaras program Datuk Stuart Ramalingam berkata prestasi atlet pada temasya sukan empat tahun sekali itu akan dinilai secara mendalam, sebelum jawatankuasa RTG memutuskan untuk mengekalkan mereka.
"Saya nak mereka ingat RTG adalah program elit, konsistensi prestasi adalah perkara penting dan menjadi kayu pengukur untuk mereka kekalkan status mereka dalam RTG.
"Saya harap atlet boleh tampilkan persembahan yang baik, konsisten dan sedar tujuan sebenar program tersebut." katanya selepas majlis Anugerah 100PLUS Perpaduan Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 2022, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada terdapat pengguguran atau penambahan atlet pada program berkenaan.
Katanya, pihaknya sentiasa mendapatkan maklum balas keperluan dan prestasi atlet daripada barisan kejurulatihan.
Sementara itu, mengenai perkembangan penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR), Stuart yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL) berkata Jawatankuasa MFL sedang mencari penyelesaian untuk memastikan teknologi itu sesuai digunakan di stadium utama di setiap negeri.
"Penyelesaian VAR yang paling murah dan digunakan satu dunia adalah sistem berpusat, tetapi ia memerlukan kestabilan ketersambungan dan kita tahu di Malaysia kestabilan ketersambungan di peringkat stadium tidak stabil dan tidak memberi peluang untuk kita laksanakan penyelesaian tersebut.
"Mungkin dalam seminggu lagi kita akan bagi keterangan lebih lanjut penyelesaian mana akan diambil di Malaysia yang sedikit berbeza dengan apa yang kita lihat di televisyen," katanya.
Sebelum ini, FAM menjangkakan VAR akan digunakan dalam saingan Liga-M pada final Piala Malaysia, Disember ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Road to Gold
#RTG
#stuart ramalingam
#Sukan Asia Hangzhou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan