awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan

Bernama
Bernama
12/07/2016
02:30 MYT
Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata kedua-dua yang terlibat dalam kemalangan itu adalah atlet kapal layar Sukma Sarawak berasal dari Miri. - Gambar fail
Seorang atlet yang bakal mewakili Sarawak dalam acara kapal layar pada Sukan Malaysia (Sukma) maut dalam kemalangan di Jalan Marina Bay berhampiran pelabuhan kapal layar pada 4.15 petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Miri Supt Stanley Johnathan Ringgit berkata mangsa Muhammad Syafiq Halias, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersama rakannya yang juga pembonceng Muhammad Syafiq Hasnan, 15, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri latihan apabila motosikal dinaiki mereka tiba-tiba terbabas.
"Ketika sampai di satu selekoh, motosikal dinaiki mereka terbabas ke dalam longkang di tepi jalan...penunggang maut di tempat kejadian manakala pembonceng cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Miri," katanya ketika dihubungi di sini.
Beliau berkata kedua-dua yang terlibat dalam kemalangan itu adalah atlet kapal layar Sukma Sarawak berasal dari Miri.
Bandaraya Miri akan menjadi gelanggang acara karate, sukan layar dan sepak takraw pada temasya sukan tersebut, yang akan berlangsung dari 22 hingga 31 Julai ini.
Topic Berkaitan
#atlet kapal layar
#kemalangan
#maut
#Muhammad Syafiq Halias
#Sukma Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan