MALANG (Indonesia): Malaysia berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini dengan kilauan emas dinanti-nantikan oleh kontinjen negara disumbangkan oleh atlet karate negara H. Sureeya Shankar.
Kilauan emas itu hadir apabila Sureeya mudah menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki pada saingan yang berlangsung di Universitas Islam Malang (UNISMA) di sini.
Beliau sebelum itu berjaya menewaskan atlet tuan rumah Muhammad Yusof Bintang Susanto 11-3 pada pusingan kelayakan untuk mara ke final.
Sureeya ketika ditemui pemberita berkata beliau sangat gembira kerana mampu mempertahankan pingat emas dimenanginya pada AUG edisi 2022 di Ubon Ratchathani, Thailand, selain muncul atlet yang melengkapkan sasaran pingat emas kontinjen Malaysia.
"Sangat gembira...meskipun mengalami kecederaan ringan di kaki pada saingan kelayakan tetapi menguatkan semangat untuk melangkah ke final," katanya selepas aksi itu.
Sebelum itu, Malaysia telah menuai lima emas iaitu tiga oleh skuad olahraga menerusi kuartet 4x400 meter (m) lelaki dan wanita Mohd Rizzua Haizad Muhammad dalam acara 110m lari berpagar lelaki.
Atlet taekwondo negara, Muhammad Syafiq Zuber pula menamatkan penantian 16 tahun kontinjen negara dalam acara kyorugi di AUG selepas meraih emas acara lelaki kyorugi bawah 87 kilogram (kg) serta Mohammad Firdaus Mohd Israj dalam acara silat olahraga Putra B.
Pada edisi 2022 di Ubon Ratchathani, kontinjen negara turut melepasi sasaran awal 35 emas sebelum menutup kempen dengan 49 emas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 05 2024
Malaysia berjaya mencapai sasaran 35 pingat emas pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024 hari ini dengan kilauan emas dinanti-nantikan oleh kontinjen negara disumbangkan oleh atlet karate negara H. Sureeya Shankar. - Foto Sinar Harian
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Mohd Rosli terima pangkat Laksamana Maritim Malaysia
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Datuk Mohd Rosli Abdullah, secara rasmi telah menerima pemakaian pangkat Laksamana Maritim berkuat kuasa hari ini.
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
Kontinjen negara di AUG 2024 pamer aksi terpuji, bawa pulang 38 pingat emas
Kontinjen negara menamatkan kempen di temasya AUG 2024 dengan aksi terpuji apabila membawa pulang 38 pingat emas selepas 11 hari berjuang.
AUG 2024: Malaysia capai sasaran 35 emas menerusi Sureeya
Sureeya menumbangkan pencabar Thailand Calermpon Piwlaaiad 9-1 pada final dalam acara kumite bawah 60 kilogram (kg) lelaki.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
AUG 2024: Olahraga butir tiga lagi emas
Umar Osman meraih emas dalam acara larian 400m lelaki mencatat masa 47.22s di Gelanggang Olahraga Universitas Negeri Surabaya.
AUG 2024: Kem olahraga jana emas lagi
Kem olahraga negara meneruskan momentum kilauan pingat emas dalam temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 pada Rabu.
AUG 2024: Tari Topeng Kaliwungu curi tumpuan di kolam renang
Tarian berkenaan berasal daripada masyarakat Madura yang berpindah ke Kabupaten Lumajang pada tahun 1940.
Pemain keracunan makanan, sekat Malaysia sambar emas futsal AUG 2024
Perlawanan tersebut menyaksikan Malaysia terpaksa akur meraih pingat perak selepas dikecewakan tuan rumah 4-1 pada aksi final.
AUG 2024: Malaysia raih dua emas dari kem renang, bola baling
Pingat emas itu hadir menerusi Low Zheng Yong yang menampilkan renangan bertenaga dalam acara 1,500 meter gaya bebas lelaki.