awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
TikTok diminta matikan ciri skrol infiniti didakwa punca 'ketagihan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Australia takluk Piala Sultan Azlan Shah buat kali ke-9

Astro Arena
Astro Arena
16/04/2016
23:36 MYT
Australia takluk Piala Sultan Azlan Shah buat kali ke-9
Australia bukan hanya bergelar juara, malah turut mengekalkan rekod 100 peratus sepanjang kejohanan kali ini.
AUSTRALIA berjaya menebus duka tahun lalu apabila membelasah India 4-0 untuk menjulang kejuaraan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 malam tadi. Pertembungan berlangsung cukup menarik di antara naib juara tahun lalu, Australia, menentang India tatkala juara bertahan, New Zealand, sekadar berakhir di tangga ketiga edisi kali ini.
Juara dunia, Australia, ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila menguasai sejak awal.
Namun, laluan buat mereka bukan mudah apabila India yang kembali dipacu penyerang, Harmanpreet Singh, memberi tentangan sengit untuk suku pertama berakhir tanpa jaringan.
Suku kedua menyaksikan Australia bangkit menerusi Craig Thomas yang memecah kebuntuan pada minit ke-25, sebelum Thomas sekali lagi menerjah gawang pada separuh masa pertama untuk pendahuluan 2-0.
Tidak terkesan dengan percubaan berterusan India, The Kookaburras terus garang meraih kelebihan, kali ini melalui Matt Ghodes dalam suku ketiga.
Malah, hujan langsung tidak menghalang Australia untuk meledak gol keempat, juga melalui Ghodes pada minit ke-57.
Pada penghujungnya, Australia bukan hanya bergelar juara, malah turut mengekalkan rekod 100 peratus sepanjang kejohanan kali ini.
Topic Berkaitan
#Australia
#hoki
#India
#Sultan Azlan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan