SETAHUN yang lalu, kesemua pemain Liverpool pulang dari Kiev dengan penuh kekecewaan, tewas kepada Real Madrid dalam final Liga Juara-Juara Eropah (UCL), walaupun berada pada tahap yang terbaik.
Namun melihat pada kekecewaan pada hari itu, pelan pengurus Liverpool, Jurgen Klopp adalah mudah iaitu untuk pasukannya sekali lagi layak ke final dan pelan itu berjaya direalisasikan.
Misi membaiki kesilapan dan memadam mimpi ngeri final UCL musim lalu adalah amat penting menjelang pertemuan dengan Tottenham Hotspur di Madrid pada awal pagi Ahad.
“Ia (final UCL tahun lepas) mempunyai pengaruh besar kepada kami.
“Kami berdiri di barisan hadapan di lapangan terbang Kiev untuk pulang, semua pemain dalam keadaan menundukkan kepala dan terdapat banyak emosi yang berbeza.
“Perancangan kami untuk kembali ke peringkat ini dan sekarang kami berada di final dan ia luar biasa,” kata Klopp.
“Final tahun lepas tiada kaitan dengan persembahan pasukan, kehilangan Mo (Mohamed Salah) dan bolos dengan pelik, anda perlu bersedia untuk membuat kesilapan, seluruh dunia menontonnya, seperti juga seluruh dunia menonton kami menewaskan Barcelona,”
Karekter yang dimiliki setiap pemain Liverpool sentiasa menunjukkan peningkatan tidak kira usia pemain tersebut.
“Karekter terbaik pada pasukan ini adalah semua melalui pembangunan yang berterusan. Milner (James) sebagai contoh sudah berusia 33 tahun tetapi terus membangun dan sentiasa mengambil langkah ke hadapan,” jelas Klopp.
Pengendali Jerman itu juga meneruskan pendekatan yang digunakan dalam kejohanan Eropah musim ini untuk menghadapi final di Madrid nanti.
Mereka hanya akan ke Madrid sehari sebelum perlawanan dijadual berlangsung.
Pasukannya akan tiba 48 jam selepas lawan mereka di final, Tottenham yang diketuai Mauricio Pochettino.
Ini kerana Klopp berasa pemainnya banyak membazir masa di Kiev musim lepas, sementara menunggu sepak mula.
Keputusan yang dibuat akan memberi peluang kepada pemain-pemain Liverpool untuk meluangkan lebih masa bersama dengan ahli keluarga mereka sebelum ke Madrid.
Liverpool, juara lima kali kejohanan utama Eropah itu hanya akan menjalani latihan di venue final, Estadio Metropolitano pada Jumaat tengah hari, selepas sidang media Klopp di stadium.
Berbeza dengan Spurs, skuad London itu akan terbang ke Madrid pada Rabu sebagai persediaan menghadapi final UCL pertama pasukan itu.
Ian Johan Ariff
Wed May 29 2019
Mara ke final adalah satu pencapaian yang luar biasa, Jurgen Klopp - REUTERS
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
#AWANIUCL: Skuad terbaik, pencapaian luar biasa
Kekecewaan tahun lepas membuatkan skuad Liverpool bertekad untuk mara ke final sekali lagi tahun ini.