KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan, selepas kali terakhir meraih gelaran juara di Jelajah Dunia Akhir pada Disember tahun lepas.
Menurut pemain berusia 30 tahun itu mengakui berpuas hati dengan pencapaiannya selama ini dengan memenangi pingat emas dan gangsa masing-masing di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Rio 2016, dua pingat emas kejuaraan Kejohanan Dunia (2017, 2022), Piala Thomas 2016 dan tiga kejuaraan Eropah (2016, 2018, 2022) antara pencapaian lain dalam keseluruhan 23 gelaran Jelajah Dunia dimenanginya.
"Kepada siapa harus saya buktikan segalanya? Saya tidak bermain untuk kepentingan orang lain, dan saya tidak perlu buktikan apa-apa. Saya masih sama, tetap bersemangat seperti ketika usia 15 tahun. Saya boleh kembali dan memenangi segala-galanya dan itu menjadikan saya 'berbahaya'.
"Saya melakukan yang terbaik setiap hari. Saya mempunyai banyak masalah dengan badan saya sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dan saya perlahan-lahan memikirkan tentangnya. Saya rasa semakin kuat dari semasa ke semasa, dan saya sangat teruja untuk bermain semula," katanya ketika ditemui selepas aksi pusingan pertama menentang Koki Watanabe dari Jepun di Axiata Arena hari ini.
Axelsen menang mudah 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul yang mengetepikan wakil taiwan, Chi Yu Jen 21-16, 10-21, 21-19.
Setelah tewas kepada Shi Yu Qi dari China di separuh akhir Terbuka Malaysia pada Januari tahun ini, Axelsen turut tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Perancis, suku akhir All England dan Piala Thomas serta separuh akhir kejohanan Eropah.
Beliau turut dibelenggu kecederaan di bahagian bawah dan kaki kiri semasa Terbuka Denmark pada Oktober 2023.
Mengenai anggapan bahawa beliau merupakan pilihan utama pingat emas Olimpik Paris 2024, Axelsen mengakui sedar akan sasaran diletakkan kepada dirinya namun ia adalah perkara biasa dalam sukan.
"Sudah tentu dalam sukan selalu diperkatakan mengenai pemain pilihan, digembar-gembur mengenainya, memang hebat tapi segelintirnya saya tidak ambil peduli. Saya hanya cuba menjadi versi terbaik diri saya di dalam dan luar gelanggang.
"Melihat kepada kejayaan yang diraih, saya sangat gembira dengan semua yang saya dah capai. Semua yang dimenangi adalah bonus dan saya masih dahagakan (kemenangan). Secara peribadi, ia adalah posisi terbaik ketika ini," katanya.
Sejak badminton dipertandingkan sebagai sukan pingat dalam Sukan Olimpik bermula di Barcelona 1992, tiada pemain selain legenda dari China, Chen Long (2008, 2012) telah memenangi pingat emas dua kali berturut-turut dalam acara perseorangan lelaki.
Sementara itu dalam satu lagi aksi perseorangan lelaki, juara dunia 2021 Loh Kean Yew dari Singapura disingkirkan pemain Taiwan, Wang Tzu Wei 20-22, 21-9, 19-21 manakala seorang lagi wakil Taiwan, Chou Tien Chen mengalahkan Rasmus Gemke dari Denmark 21-14, 21-17.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2024
Axelsen menang mudah 21-14, 21-11 untuk menempah pertemuan dengan pemain Thailand, Panitchaphon Teeraratsakul yang mengetepikan wakil taiwan, Chi Yu Jen 21-16, 10-21, 21-19. - Gambar fail/Bernama
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Aaron tetap waspada hadapi WTF 2024
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pesaing utama, pemain beregu lelaki badminton negara Aaron Chia enggan memandang enteng cabaran Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou, China.
June Wei juara Piala Lin Dan
Cheam June Wei muncul juara Kejuaraan Badminton Terbuka Shenzhen Piala Lin Dan yang berlangsung di Stadium Bao'an, Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China.
Jurulatih badminton era 70-an Lee Guan Chong meninggal dunia
Anak mendiang Eric Lee berkata ayahnya menghembuskan nafas terakhir pada 7.52 pagi akibat sakit tua pada usia 87 tahun.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.