awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Strategi promosi perlu fokus kumpulan sasaran - Ahmad Zahid
KMP perkasa industri kitar semula bateri negara
Anwar nafi sebarang kaitan dengan kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni Awang muncul pemegang saham terbesar Systech

Bernama
Bernama
22/10/2025
22:20 MYT
Azizulhasni Awang muncul pemegang saham terbesar Systech
Dengan penglibatan Mohd Azizulhasni (gambar) dan sokongan pihak berkepentingan yang progresif, Systech Bhd kekal fokus kepada usaha mempercepat inovasi dan mengembangkan jejak serantau. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Syarikat teknologi digital Systech Bhd pada Rabu mengumumkan Datuk Mohd Azizulhasni Awang sebagai pemegang saham terbesar syarikat itu.
Menurut Systech dalam kenyataan, Mohd Azizulhasni, yang juga pemenang pingat berbasikal Sukan Olimpik, telah memperoleh 34.69 juta saham biasa, mewakili 5.28 peratus daripada jumlah modal saham terbitan Systech melalui LMY Holdings Sdn Bhd.
Selain itu, Aspiration Partners PLT -- dengan Mohd Azizulhasni sebagai seorang daripada tiga ahli pengasas, juga telah menjadi pemegang saham yang besar melalui kepentingan tidak langsung dalam blok saham yang sama.
"Secara berasingan, beliau memegang kepentingan peribadi secara langsung dalam 30,000 saham Systech.
"Dengan penglibatan Mohd Azizulhasni dan sokongan pihak berkepentingan yang progresif, kumpulan kekal memfokuskan untuk mempercepat inovasi, mengembangkan jejak serantau dan mencipta nilai jangka panjang untuk pemegang saham," menurut syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Azizulhasni Awang
#pemegang saham terbesar
#Systech Bhd
#LMY Holdings Sdn Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan