Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang dan atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Anak Gustin masing-masing dinobat sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) - 100PLUS 2019.
Pencapaian terbaik pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu pada 2019 adalah meraih kejuaraan di Kejohanan Trek Siri Dunia di Cambridge Disember lalu dengan menewaskan bekas juara dunia Shane Perkins dan Matthew Glaetzer.
Beliau yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' turut meraih pingat emas acara pecut individu di Kejohanan Trek Asia 2019 yang berlangsung di Korea Selatan pada Oktober lepas.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada SAM kerana memilih saya sebagai pemenang pada tahun ini. Sudah tentu saya akan jadikan anugerah ini sebagai sumber motivasi bagi persiapan menghadapi Sukan Olimpik tahun hadapan.
"Keadaan sungguh mencabar namun saya tidak akan berputus asa dan menguatkan semangat perjuangan demi merealisasikan impian pingat emas pertama untuk rakyat Malaysia," kata Azizulhasni menerusi rakaman video di Melbourne, Australia.
Ini adalah kejayaan ketiga Azizulhasni dinobatkan dengan Anugerah Atlet Terbaik SAM-100PLUS selepas memenanginya pada 2009 dan 2017.
Atlet berusia 32 tahun itu mengatasi empat lagi calon iaitu Farah Ann Abd Hadi (gimnastik), S. Kisona (badminton), Julian Yee (luncur ais) dan Loh Choon How (wushu).
Sementara itu, kemenangan Bonnie pada edisi kali ini telah memecah dominasi olahraga apabila dipilih untuk menerima Anugerah Atlet Para Terbaik 2019.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada SAM di atas anugerah ini. Saya tidak menjangkakan dipilih untuk menerima anugerah ini walaupun pencapaian pesaing lain juga tidak kurang hebatnya.
"Anugerah ini akan menjadi suntikan semangat untuk saya dan rakan-rakan untuk terus menaikkan sukan para negara di peringkat antarabangsa," kata Bonnie melalui rakaman video dari Sarawak.
Atlet kelahiran Sarawak berusia 20 tahun itu mengatasi tiga lagi pencabar yang disenarai pendek iaitu S. Suresh dan Wiro Julin (memanah) serta Muhd Ziyad Zolkefli (olahraga).
Bonnie mencipta sejarah di Kazakhstan apabila meraih dua pingat emas pada Kejohanan Dunia di Nur-Sultan.
Azizulhasni dan Bonnie Bunyau masing-masing membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.
Selain memberi pengiktirafan kepada atlet yang mencapai kejayaan cemerlang sepanjang 2019, wartawan sukan juga turut menerima pengiktirafan sekali gus berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50,000 pada majlis Anugerah SAM-100PLUS kali ini.
Anugerah dibahagi kepada enam kategori - Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.
Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM RM7,000 berserta trofi.
SENARAI PEMENANG:
Atlet Terbaik: Azizul Hasni Awang (Berbasikal Trek)
Atlet Paralimpik Terbaik: Bonnie Bunyau Anak Gustin (Powerlifting)
Laporan Berita Terbaik (Media Cetak) : Aida Adilah Mat (Berita Harian)
Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik) : Shah Putra Taib Ahmad/Abdul Halim Mohd Yusoff (RTM)
Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak) : Mohd Firdaus Mohd Hashim (Harian Metro)
Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik) : Mohd Zulhelmi Zainal Alam (Astro Arena)
Laporan Khas Terbaik (Terbuka) : Wan Norbazly Wan Azmi/Azri Abd Malik (Astro Arena)
Fotografi Sukan Terbaik : Mohd Khairol Rizal Buhari (CNS Sport Talk)
Anugerah Siebel : Wan Norbazly Wan Azmi/Azri Abd Malik (Astro Arena)
- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 01 2020

Reezal Merican menyampaikan anugerah kepada wakil Azizulhasni yang dinobat sebagai Atlet Terbaik pada Majlis Anugerah SAM 2019 di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, 1 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Azizulhasni, Bonnie rangkul Anugerah SAM-100 PLUS 2019
Azizulhasni Awang dan Bonnie Bunyau Anak Gustin dinobat sebagai Atlet Terbaik dan Atlet Para Terbaik pada Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2019.