awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco
Sebuah kilang perabot terbakar, asap tebal selubungi kawasan Petaling Jaya
[KOLUMNIS] Nasi ambeng... Satu dulang seribu makna
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizulhasni raih perak di Dublin

Bernama
Bernama
08/07/2019
02:16 MYT
Azizulhasni raih perak di Dublin
Pelumba yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu kalah kepada Jason Kenny dari Great Britain dalam perlawanan akhir pada Ahad.- Gambar fail/BERNAMA
Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang meraih pingat perak dalam acara sprint di kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019 yang berlangsung di Sundrive Velodrome.
Pelumba yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketman' itu kalah kepada Jason Kenny dari Great Britain dalam perlawanan akhir pada Ahad.
Mullen Eoin dari Ireland membawa pulang gangsa selepas mengetepikan pelumba Sepanyol, Jose Moren Sanchez, dalam penentuan pingat gangsa acara sprint lelaki.
"Ia permulaan yang perlahan bagi saya di awal perlumbaan tetapi saya berjaya memberi saingan sehinggalah tamat perlumbaan.
"Memenangi pingat perak dalam acara Sprint Lelaki di samping Juara Olimpik Jason Kenny adalah pelengkap yang baik dalam Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa Dublin 2019," kata Azizulhasni dalam hantaran menerusi akaun Instagram beliau.
Seorang lagi pelumba Malaysia, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, yang meraih gangsa dalam acara keirin semalam, berkesudahan di tempat kelima manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis pula menamatkan saingan di tangga ke-12.
Terdahulu, Azizulhasni berada di tempat keenam dalam pusingan kelayakan selepas beliau mencatatkan masa 10.973 saat.
Muhammad Shah Firdaus Sahrom mencatatkan masa kedua terbaik 10.792s manakala Muhammad Fadhil Mohd Zonis di tempat ke-13 dengan masa 11.315s.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#basikal
#Instagram
#Jason Kenny
#Muhammad Shah Firdaus Sahrom
#raih perak
#Sprint Lelaki
#The Pocket Rocketman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan