Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang terus dirundung malang pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia UCI 2018 apabila tewas dalam acara 200m pecut individu lelaki pada Jumaat.
Pelumba negara berusia 30 tahun itu tumpas kepada pelumba Great Britain berusia 20 tahun, Jack Carlin, pada Saringan Pertama Pusingan 1/16 di Velodrom Omnisport di Apeldoorn, Belanda.
Carlin, yang merupakan anggota pasukan Great Britain memenangi pingat perak acara pecut berpasukan pada hari pembukaan, Rabu lepas, mengatasi Mohd Azizulhasni yang juga dikenali The Pocket Rocketman, selepas mencatat 10.406 saat, dengan pelumba Malaysia itu ketinggalan 0.052 saat.
Terdahulu dalam pusingan kelayakan, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sekadar menduduki tempat ke-28 selepas mencatat 10.072s untuk layak ke pusingan 1/16.
BACA: Azizulhasni gagal pertahan gelaran juara dunia
Sementara rakan sepasukannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom gagal menempatkan diri dalam saingan itu setelah menamatkan cabaran di kedudukan kedua tercorot daripada 35 pelumba, dengan masa 10.293s.
Semalam, Mohd Azizulhasni gagal mempertahankan gelaran juara dunia acara keirin sekali gus terlepas jersi pelangi, apabila tumpas kepada pelumba nombor satu dunia, Andrii Vynokurov dari Ukraine pada pusingan penyisihan (repechage).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Pelumba negara berusia 30 tahun itu tumpas kepada pelumba Great Britain berusia 20 tahun, Jack Carlin. - Foto fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Azizulhasni terus kempunan di kejohanan dunia
Pelumba negara itu tumpas kepada pelumba Great Britain, Jack Carlin, pada Saringan Pertama Pusingan 1-16 di Belanda.