Pencapaian emas acara pecut pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2020 di Korea Selatan, Isnin lalu, memberi sinar buat skuad negara yang berkemungkinan mendapat dua slot dalam acara keirin dan pecut pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Sudah pastinya ia adalah khabar gembira buat jaguh trek negara, Mohd Azizulhasni Awang kerana beliau tidak akan bersendirian, selain impian menjadi kenyataan buat Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk beraksi di temasya terbesar dunia itu.
"Kalau dua orang ke Sukan Olimpik, itu akan jadi pendedahan kepada Shah Firdaus. Satu lagi, sekurang-kurangnya saya ada kawan untuk menjalani latihan dan juga ketika beraksi di pentas Olimpik nanti," katanya.
Menurut pelumba berusia 31 tahun itu yang terkenal dengan jolokan 'The Pocket Rocketmen' itu, jika beliau mendapat slot dalam acara keirin, secara automatiknya mendapat satu slot 'percuma' untuk beraksi dalam acara pecut dan begitu juga sebaliknya.
"Yang penting mata yang ditawarkan untuk acara pecut banyak dan dengan meraih pingat emas, nampaklah sinar untuk kemungkinan saya layak untuk dua acara di Tokyo," kata pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu, pada Rabu.
Mengikut ranking terkini Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dalam acara keirin, Azizulhasni turun satu anak tangga di tangga ketiga dengan 2,625 mata, manakala Yudai Nitta dari Jepun kekal mengungguli dengan 2,850 mata.
Bagi acara pecut pula, kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.
Pada ACC 2020, Azizulhasni merangkul pingat perak dalam acara keirin dan emas dalam acara pecut.
Berdasarkan peraturan kelayakan Olimpik Tokyo yang dikeluarkan UCI, bagi acara pecut berpasukan, lapan pasukan terbaik dalam ranking Olimpik tanpa mengira benua akan layak secara automatik selain mendapat dua tiket tambahan untuk keirin dan pecut individu.
Selain kelayakan menerusi kelayakan berpasukan, tujuh pelumba terbaik bagi keirin dan pecut individu (ditolak lapan negara yang layak menerusi pecut berpasukan) turut layak ke Tokyo menerusi tiket individu.
Skuad berbasikal trek negara melakar sejarah tersendiri pada Olimpik Rio 2016 apabila menyumbang pingat buat kali pertama dalam sejarah sukan negara menerusi Azizulhasni yang meraih gangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 23 2019

Sekurang-kurangnya saya ada kawan untuk menjalani latihan dan juga ketika beraksi di pentas Olimpik nanti. - Foto: FACEBOOK@azizulawangofficial
Korea Selatan, Parti Demokrat, Lee Jae Myung, pilihan raya presiden,Buletin AWANI
Empat pesilat serta seorang chef diberi penghargaan untuk membawa nama negeri Kedah ke Ekspo Osaka Kansai Jepun 2025.
Lee Jae Myung menang pencalonan presiden parti demokrat
Bekas pemimpin Parti Demokrat (DP) Lee Jae Myung, yang berjanji untuk pemulihan ekonomi dan dialog dengan Korea Utara, memenangi pencalonan presiden parti itu pada Ahad, menjelang pilihan raya Korea Selatan pada 3 Jun.
Hotel Jepun tuntut tandatangan pelancong Israel
Sebuah hotel di Kyoto meminta pelancong Israel menandatangani pengisytiharan tidak terlibat dalam jenayah perang sebelum mendaftar masuk. Tindakan ini mencetuskan kontroversi dan mendapat reaksi dari Duta Israel ke Jepun.
Petani Pakistan hilang sumber air, India sekat Sungai Indus
Tindakan itu susulan serangan militan mengorbankan 26 mangsa di Kashmir, penyerang didakwa warga Pakistan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin– 28 April 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Elak sebar kandungan lucah, perlu bangun kod teras
Sistem kecerdasan buatan (AI) perlu dibangunkan dengan kod teras bagi menghalang penyalahgunaan seperti penghasilan dan penyebaran kandungan lucah.
Polis perlu pandangan pihak luar untuk tingkatkan perkhidmatan - Saifuddin
Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih memerlukan pandangan pihak luar untuk meningkatkan tahap perkhidmatan.
Maritim Selangor tahan bot bawa lebih penumpang di Pulau Ketam
Sebuah bot yang membawa lebihan penumpang di Pulau Ketam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor. Bot tersebut didapati melanggar pelbagai syarat sah lesen dan insurans yang telah tamat tempoh.

Nouran Gohar sekat misi kejuaraan kedua Sivasangari
Sivasangari memberi tentangan hebat sebelum tunduk 7-11, 12-14, 9-11 kepada juara pilihan utama kejohanan berkenaan.

Azizulhasni tidak akan keseorangan ke Tokyo
Kedudukan Azizulhasni naik tiga anak tangga di kedudukan 16 dengan 1,547 mata, manakala Muhammad Shah Firdaus pula di kedudukan ke-24 dengan 1,357 mata.