awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azraai Khor tuntut anak buah pamer kebangkitan

Astro Arena
Astro Arena
22/06/2015
10:33 MYT
Azraai Khor tuntut anak buah pamer kebangkitan
Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil. - Gambar Astro ARENA
Jurulatih Kelantan Mohd Azraai Khor Abdullah menuntut barisan pemainnya untuk mempamerkan permainan terbaik pada aksi Liga Super menentang Sime Darby FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor malam esok.
Beliau berkata pasukannya perlu mencatatkan kemenangan bagi membolehkan The Red Warriors (TRW) memperbaiki kedudukan dalam saingan itu.
"Kita perlu bangkit dan kutip mata kerana kita sekarang dalam kedudukan yang agak bahaya, jadi kita perlu keluar dari zon bahaya itu, oleh itu saya mahu pemain pemerkan aksi yang terbaik.
"Saya yakin pemain tahu apa yang perlu dilakukan dan berada di kedudukan ke-10 liga tidak menyenangkan, mereka juga mahu keluar dari zon bahaya," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Kelantan kini berada di tangga ke-10 dalam Liga Super dengan 10 mata.
Beliau berkata dua pemain importnya iaitu Gilmar Da Silva dan Austin Amutu akan menjadi taruhannya pada perlawanan esok.
"Dengan ada mereka (Amutu dan Gilmar) ini pasti aksi kita akan sedikit berlainan, pemain tempatan yang lain juga semua cergas dan boleh beraksi," katanya.
Mohd Azraai Khor berkata pasukannya perlu berhati-hati dengan barisan serangan Sime Darby FC terutama pemain import pasukan itu iaitu Reinaldo Elias da Costa dari Brazil.
"Sudah tentu mereka telah kaji permainan kita dalam rehat yang panjang ini, kita cuma kena lebih berhati-hati dan fokus untuk meraih tiga mata," katanya.
Topic Berkaitan
#Mohd Azraai Khor Abdullah
#Reinaldo Elias da Costa
#Sime Darby
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan