awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azraai tawar diri pikul tugas pembantu jurulatih Harimau Malaya

Sinar Harian
Sinar Harian
06/02/2022
00:28 MYT
Azraai tawar diri pikul tugas pembantu jurulatih Harimau Malaya
Azraai dianggap antara jurulatih tempatan berprofil tinggi berdasarkan rekod cemerlangnya dalam Liga Malaysia sebelum ini. - Gambar fail
PERSOALAN mengenai siapakah jurulatih tempatan yang bakal dipilih selaku pembantu kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon masih menjadi tanda tanya.
Malah, pelbagai spekulasi semakin hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedang mengadakan sesi temu duga bagi menyenarai pendek calon terbaik.
Pada ketika FAM sedang ‘rancak’ meneliti senarai calon, jurulatih berpengalaman, Mohd Azraai Khor Abdullah menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu.
Menurut Azraai, beliau bersedia memikul tugas sebagai pembantu jurulatih Harimau Malaya jika mendapat tawaran daripada FAM bersandarkan pengalaman yang dimilikinya.
“Saya tengok mereka (FAM) buat macam open application, sesiapa yang berminat (menjawat jawatan penolong jurulatih), boleh hantar resume dan akan dipanggil interview.
“Insya-ALLAH, jika dapat tawaran saya sedia membantu.
"Malah, saya juga boleh tawarkan diri dengan segala pengalaman yang ada untuk membantu Pang-gon.
“Lagipun saya boleh berbahasa Mandarin, Inggeris, Indonesia, Tamil dan juga Thailand selain bahasa Melayu.
"Komunikasi itu juga penting selain aspek pengalaman.
“Dengan apa yang saya ada, saya bersedia untuk menyumbang tenaga dan pengalaman bagi membantu beliau (Pan-gon) sebaik mungkin,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.
Setelah sah melantik Pan-gon selaku pengendali baharu Harimau Malaya 21, FAM kini sedang membuat penilaian terhadap senarai calon bagi memikul tugas sebagai pembantu jurulatih.
Beberapa ‘nama besar’ dikaitkan dengan jawatan itu termasuklah bekas pengendali Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan.
Dalam pada itu, Azraai berkata, Pan-gon harus mendapat bantuan daripada jurulatih tempatan yang benar-benar ‘masak’ dengan bola sepak Malaysia.
“Paling penting individu berkenaan perlu menyalurkan kepadanya maklumat-maklumat berhubung senario bola sepak tempatan, pemain dan sebagainya bagi memudahkan dan melancarkan tugasnya.
“Kita juga perlu bantu dia untuk memahami budaya kita.
Sebagai contoh, kalau sesi latihan yang berlanjutan hingga ‘langgar’ waktu Maghrib, dia tak sedar, kita perlu ingatkan dia.
“Tak lama lagi nak masuk Ramadan, kena beritahu Pan-gon awal-awal melibatkan jadual latihan.
Di negara kita juga banyak perayaan, jadi beliau harus tahu semua itu,” jelasnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#jurulatih tempatan
#Mohd Azraai Khor Abdullah
#pembantu jurulatih Harimau Malaya
#Kim Pan-gon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan