awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final

Bernama
Bernama
13/07/2022
11:21 MYT
B-19 AFF: Harimau Muda benam Vietnam, mara ke final
Malaysia dijadualkan bertemu sama ada pasukan Laos atau Thailand yang turut bertemu pada satu lagi aksi separuh akhir malam ini. - Gambar/ FB FAM
KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) negara melangkah ke pentas akhir Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) penuh bergaya, dengan menewaskan Vietnam 3-0 pada aksi separuh akhir di Bekasi, Indonesia, hari ini.
Pada perlawanan berlangsung di Stadium Patriot Candrabhaga itu, skuad muda negara berjaya mendahului pada minit ke-26, menerusi jaringan Adam Farhan Faizal.
Namun demikian walaupun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan dan menguji barisan pertahanan lawan, keadaan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua perlawanan memperlihatkan Vietnam yang ketinggalan cuba untuk menyamakan kedudukan, dengan mengasak ke gol Malaysia, namun gagal.
Dalam keadaan asakan bertali arus Vietnam itu, skuad muda negara berjaya menambah jaringan pada minit ke-70 selepas bola leret Haqimi Azim di dalam kawasan kotak penalti, berjaya disempurnakan Haiqal Haqeemi Hairi.
Ternyata momentum jaringan tersebut tidak terhenti buat skuad muda negara selepas Hayqal Danish Haizon menjadikannya 3-0, pada ketika perlawanan berbaki tiga minit.
Malaysia dijadualkan bertemu sama ada pasukan Laos atau Thailand yang turut bertemu pada satu lagi aksi separuh akhir malam ini.
Pencapaian terbaik skuad negara di pentas Kejuaraan B-19 AFF adalah semasa menjuarai edisi 2018 dengan menumbangkan Myanmar 4-3 pada final di Indonesia.
Malaysia juga berjaya mara ke final ketika edisi terakhir pada 2019 di Vietnam, namun dikecewakan Australia yang merangkul kejuaraan kelima dengan keputusan 1-0.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau muda
#skuad bola sepak negara
#AFF
#Vietnam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan