awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton All England: Soon Huat-Shevon, Daren kandas pusingan pertama

Bernama
Bernama
16/03/2023
03:48 MYT
Badminton All England: Soon Huat-Shevon, Daren kandas pusingan pertama
Ini merupakan kekalahan keempat Soon Huat-Shevon di tangan Seung Jae-Yu Jung, selepas Terbuka Jerman 2019, Jelajah Dunia 2020 di Thailand dan All England 2020.- Fail/FB BAM
KUALA LUMPUR: Hasrat beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah jauh dalam kejohanan badminton All England 2023 terbantut, selepas tewas seawal pusingan pertama, awal pagi tadi.
Soon Huat-Shevon pilihan ketujuh kejohanan, ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 10-21, 14-21 di tangan gandingan Korea Selatan Seo Seung Jae-Chae Yu Jung, dalam masa 34 minit di Arena Utilita Birmingham itu.
Ia sekali gus merupakan kekalahan keempat Soon Huat-Shevon di tangan Seung Jae-Yu Jung, selepas Terbuka Jerman 2019, Jelajah Dunia 2020 di Thailand dan All England 2020.
Sementara itu, nasib sama turut menimpa pemain profesional lelaki negara Liew Daren, apabila gagal mara ke pusingan 16 terbaik aksi perseorangan lelaki selepas tewas di tangan pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardayo, 9-21, 16-21.
Kali terakhir Daren mara ke saingan separuh akhir dalam mana-mana kejohanan disertai ialah di Terbuka Thailand pada Mei tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#all england
#goh soon huat
#Shevon Lai Jemie
#beregu campuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan