KUALA LUMPUR: Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Brazil 2023, semalam.
Pemain berusia 35 tahun itu sekali lagi membawa pulang pingat emas acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas membenam rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar 21-19, 21-19 dalam perlawanan sengit yang berlangsung di Sao Paulo, Brazil.
Lebih manis, pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo itu yang berentap dalam acara beregu lelaki bersama gandingannya Muhammad Fareez turut meraih pingat emas selepas menewaskan pasangan pilihan pertama kejohanan dari India, Chirag Baretha-Raj Kumar 21-13, 21-18.
Kejayaan Liek Hou-Muhammad Fareez itu adalah ketiga berturut-turut ke atas gandingan India tersebut selepas menumpaskan mereka pada pentas final Kejohanan Antarabangsa Bahrain Mei tahun lalu, dan Kejohanan Antarabangsa Sepanyol, Februari lepas.
"Saya telah menjalankan tugas dengan baik dan berjaya mempertahankan gelaran dimenangi saya di sini tahun lepas.
"Keadaan akan menjadi lebih sukar untuk setiap kejohanan kerana acara kelayakan sudah pun bermula untuk Sukan Paralimpik Paris 2024," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 17 2023
Pemain itu sekali lagi membawa pulang pingat emas acara perseorangan lelaki kategori SU5 (kecacatan anggota bahagian atas) selepas membenam rakan senegara, Muhammad Fareez Anuar. - Fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Liek Hou tekad kekal rekod tanpa kalah pada 2024
Juara dua kali badminton Paralimpik Cheah Liek Hou bertekad untuk menamatkan kempen tahun ini dengan cemerlang.
Paralimpik Paris 2024: Anwar ucap tahniah kepada Liek Hou rangkul emas pertama
Pencapaian Cheah Liek Hou sangat membanggakan kerana telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
Paris 2024 bukan pengakhiran, semangat Liek Hou masih membara untuk berjuang
Liek Hou mengakui masih dahagakan kejayaan demi mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Paralimpik Paris 2024: Cheah Liek Hou sumbang emas pertama buat Malaysia
Ia sekali gus mengulangi pencapaiannya semasa Sukan Paralimpik Tokyo 2020.
Paralimpik Paris 2024: Emas sulung negara hari ini?
Tumpuan peminat sukan tanah air akan terarah kepada kemampuan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou berpotensi membutirkan pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 di s
Paris 2024: Liek Hou selangkah pertahan emas, Fareez terkandas
Liek Hou mengesahkan final kedua berturut-turut di pentas Paralimpik dengan mengambil masa 47 minit menumbangkan Dheva Anrimusthi dari Indonesia.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou terus catat kemenangan
Cheah Liek Hou berjaya muncul juara Kumpulan A selepas menewaskan Suryo Nugroho pada Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Liek Hou bermula cemerlang, Muhammad Fareez kejutkan Jen-Yu
Cheah Liek Hou memulakan misi mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki SU5 (cacat fizikal) dengan cemerlang pada hari pertama Sukan Paralimpik Paris 2024.
Paralimpik Paris 2024: Pengalaman Tokyo jadi taruhan Cheah Liek Hou di Paris
Cheah Liek Hou mempertaruhkan pengalaman Paralimpik Tokyo 2020 apabila memulakan kempen mempertahankan pingat emas di temasya Paris 2024.
#Gold: Jack Tan akui susah mainkan watak Liek Hou, ambil masa 6 bulan untuk latihan badminton
Gold mengisahkan perjalanan hidup jaguh badminton paralimpik negara, Cheah Liek Hou sejak kecil.