SPORTS
Badminton Masters Malaysia: Dua beregu campuran profesional kandas dalam pusingan pertama

Aksi atlet beregu campuran negara Chan Peng Soon (kanan) dan Cheah Yee See ketika menentang pemain dari Korea Selatan Kim Won Ho dan Jeong Na Eun. - Foto Bernama
DUA beregu campuran profesional negara terkandas awal dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tewas kepada lawan masing-masing di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.
Gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tersingkir daripada kejohanan di laman sendiri itu dalam masa 44 minit biarpun bersaing sengit sebelum tewas 20-22, 20-22 kepada pasangan Thailand, Supak Jomkoh-Supissara Paewsampran.
Menyusul selepas itu, gandingan Chan Peng Soon-Cheah Yee See, yang melepasi pusingan kelayakan semalam, turut menemui nasib sama apabila tumpas 8-21, 15-21 kepada beregu pilihan ketujuh dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, dalam masa 37 minit. -- Stadium Astro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami