KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah menepati ramalan apabila melangkah ke suku akhir Malaysia Masters 2024 selepas menyingkirkan wakil India pada perlawanan pusingan kedua berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini hari ini.
Pilihan kedua kejohanan itu yang juga naib juara edisi 2023 itu mengambil masa 32 minit sebelum mengetepikan pasangan Simran Singhi-Ritika Thaker 21-17, 21-11 dan dijadual berdepan Setyana Mapasa-Angela Yu dari Australia, esok.
Pada aksi hari ini, Thinaah mengakui memerlukan sedikit masa untuk 'panas' sebelum mendapat momentum permainan selepas kali terakhir beraksi secara kompetitif di Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China, pada April lepas.
"Kami sangat teruja untuk beraksi dalam kejohanan ini kerana kami sudah agak lama tidak bertanding. Pada set pertama rentak permainan kami agak perlahan tapi di set kedua, selepas perbincangan dengan jurulatih, kami tingkatkan permainan dan gembira dengan kemenangan ini.
"Kita banyak mencuba beberapa perkara baharu dalam gelanggang hari ini. Dan kita harap dapat tambah baik untuk perlawanan seterusnya," katanya kepada pemberita.
Sementara itu Pearly turut berkongsi khabar gembira yang memaklumkan bahawa beliau kini bebas daripada kecederaan dan perlu lebih berhati-hati menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai ini.
Wakil negara turut ke suku akhir ialah beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Tang Jie-Ee Wei yang menewaskan gandingan India Sumeeth Reddy-Sikki Reddy akan berdepan rakan senegara Kian Meng-Pei Jing manakala Soon Huat-Shevon Lai akan membuat perhitungan dengan pilihan ketujuh dari Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Lisa Ayu Kusumawati dalam perlawanan suku akhir, esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Pilihan kedua kejohanan itu mengambil masa 32 minit sebelum mengetepikan pasangan Simran Singhi-Ritika Thaker 21-17, 21-11. - Foto Bernama
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
WTF 2024: Harapan Pearly-Thinaah ke separuh akhir musnah
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu menyaksikan beregu di kedudukan keenam dunia itu tumbang kepada Treesa-Gayatri 19-21, 19-21 dalam masa 46 minit.
Terbuka Denmark: Harapan tunggal Malaysia, Pearly-Thinaah tersungkur di suku akhir
Semangat juang yang dipamerkan gandingan wanita ranking ketujuh itu harus diberi pujian susulan tidak berputus asa memberikan aksi terbaik.
Terbuka Denmark: Pearly-Thinaah berhempas pulas ke suku akhir
Mereka seterusnya akan bertemu beregu pilihan keempat dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, bagi penentuan ke separuh akhir hari ini.
Pearly-Thinaah tepati ramalan ke pusingan kedua Terbuka Denmark 2024
Gandingan negara bermula goyah apabila tewas 19-21, sebelum bangkit untuk menang 21-17 sekali gus mengheret kepada perlawanan penentuan.
Pearly-Thinaah terus tampil hebat, hampiri gelaran kedua
Pearly-Thinaah akan menyertai pasangan profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dalam aksi final hari ini.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Terbuka Artik: Aaron-Wooi Yik disingkirkan, Pearly-Thinaah mara ke suku akhir
Nasib berbeza menyebelahi pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang mara ke pusingan suku akhir.
Terbuka Hong Kong: Tumbangkan pilihan utama, Pearly-Thinaah sekali lagi ke pentas final
Pearly Tan-M Thinaah mempamerkan aksi penuh dramatik sebelum membawa cabaran Malaysia ke pentas final badminton Terbuka Hong Kong.
Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah atasi cabaran Indonesia, mara ke separuh akhir
Pearly Tan-M Thinaah, berjaya mengatasi wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong.
Pearly-Thinaah ke final Terbuka Korea
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah mencipta sensasi untuk mara ke perlawanan akhir Terbuka Korea Selatan, pada Sabtu.