BEREGU campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mencipta kejutan dengan menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka New Zealand selepas menewaskan Zheng Siwei dan Li Yinhui dalam aksi final, hari ini.

Dalam perlawanan yang berlangsung di di Auckland itu, Peng Soon dan Liu Ying mengambil masa 45 minit untuk menewaskan beregu dari China itu dengan straight set 21-19, 22-20.

Turun selaku pilihan ketiga, Peng Soon/Liu Ying dlihat lebih tenang biarpun saingan merebut mata begitu sengit sepanjang permainan.

Kejayaan di New Zealand itu sekaligus menjadikan ia gelaran pertama buat mereka pada musim ini.

Semalam, gandingan emas Sukan Asia 2010, Peng Soon/Liu Ying, mencipta kejutan dengan menundukkan pilihan utama kejohanan, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dari Korea Selatan untuk mara ke perlawanan akhir.

Mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan set pertama 19-21, dengan memenangi dua set berikut 21-10 dan 24-22.