awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ejen hartanah rugi RM759,950 terperdaya sindiket pelaburan judi dalam talian
Poland bakal bentuk angkatan tentera terkuat di Eropah, kata PM Tusk
Penyelarasan pakaian seragam sekolah masih dikaji, tiada perubahan sesi persekolahan 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton: Soniia dalam dilema

Astro Arena
Astro Arena
12/05/2021
23:26 MYT
Badminton: Soniia dalam dilema
Soniia turut mengambil keputusan saat akhir menarik diri daripada saingan Terbuka Singapura yang berlangsung 1 Jun depan memandangkan ia bakal menelan kos sekitar RM15,000. Foto Astro ARENA
PERSEORANGAN wanita profesional negara, Soniia Cheah, dalam dilema untuk menyertai jemputan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berlatih untuk persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Julai depan.
Ini kerana dia perlu berkorban, meninggalkan segala komitmen di dunia luar dalam tempoh sebulan setengah seandainya bersetuju dengan syarat gelembung sukan yang ditetapkan.
Pihak BAM sudah pun menghubungi Soniia untuk menjemputnya menyertai sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia (ABM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Soniia yang sepatutnya melapor diri 30 Mei depan meminta penangguhan kerana polisi BAM ketika ini, adalah pemain tidak boleh keluar daripada pusat latihan itu bagi mengelak gelembung sukan mereka ditembusi wabak Covid-19.
"Mereka telah memberikan tarikh 30 Mei untuk menyertai kem latihan sehingga saingan Sukan Olimpik. Saya perlu kekal di sana sehingga saingan Sukan Olimpik namun sebagai pemain profesional terdapat perkara yang perlu saya lakukan serta komitmen perlu dilaksanakan," kata Soniia.
Dalam masa sama, Soniia turut mengambil keputusan saat akhir menarik diri daripada saingan Terbuka Singapura yang berlangsung 1 Jun depan memandangkan ia bakal menelan kos sekitar RM15,000.
Tanpa menyertai saingan terakhir yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, Soniia dilihat tetap dalam kedudukan selesa untuk layak ke temasya itu.
Topic Berkaitan
#badminton
#Tokyo
#BAM
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#COVID-19
#Olimpik
#Singapura
#Malaysia
#sukan
#wanita
#gelembung sukan
#Soniia Cheah
#tarik diri
#Terbuka Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan