SINGAPURA: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mara ke separuh akhir kejohanan badminton Terbuka Singapura 2022 hari ini.
Bagaimanapun, gandingan negara itu terpaksa bermandi peluh apabila diheret bermain dalam perlawanan penentuan sebelum mengesahkan kemenangan 22-20, 16-21, 21-18 dalam 54 minit pertarungan, menewaskan pasangan ketujuh dunia Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong.
"Saya mahu berikan kredit buat pasangan. Secara peribadinya, saya sangat gementar sepanjang perlawanan terutama apabila lawan sentiasa mendahului kami.
"Soon Huat berjaya bertahan, mengawal dan membawa saya kembali untuk lebih yakin dalam perlawanan," kata Shevon.
Pasangan negara itu akan berdepan juara dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand pada separuh akhir esok.
"Kita pernah lawan mereka lebih daripada 10 kali. Kita agak biasa dengan corak permainan masing-masing. Namun, ia bergantung kepada keadaan kita dalam gelanggang pada hari perlawanan," katanya.
Dechapol-Sapsiree mara ke separuh akhir selepas mengenepikan pasangan negara Chen Tang Jie-Valeree Siow 21-10, 22-20 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Satu lagi pasangan negara Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei ditunjukkan jalan keluar apabila tewas kepada pasangan China Gua Xin Ma-Zhang Shu Xian 21-16, 21-14.
"Kami lakukan banyak kesilapan," kata Ee Wei.
Pang Ron juga mengakui mereka banyak memberikan mata mudah kepada lawan dan tekad untuk menukar corak permainan ketika dalam gelanggang pada masa depan.
"Mereka mengkaji permainan kami dan mempelbagaikan corak permainan mereka. Bulu tangkis terlalu pantas dan lawan banyak bermain pukulan rendah," katanya.
Berikut keputusan perlawanan suku akhir membabitkan pemain negara:
Beregu campuran
Guo Xin Wa-Zhang Shu Xian (CHN) mn HOO PANG RON-TOH EE WEI (MAS) 21-16, 21-14
GOH SOON HUAT-SHEVON LAIN JEMIE (MAS) mn Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) 22-20, 16-21, 21-18
Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai (THA) mn CHEN TANG JIE-VALEREE SIOW (MAS) 21-10, 22-20
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022

Pasangan negara itu akan berdepan juara dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand pada separuh akhir esok.- Gambar fail/BAM

Tok Mat akui UMNO masih jauh raih kembali kepercayaan orang Melayu
Mohamad berkata, walaupun parti tersebut menonjolkan seorang pahlawan bangsa dengan rekod perkhidmatan yang sangat cemerlang namun mereka tetap tewas.

Iran, Arab Saudi ambil pendekatan pertama tingkatkan hubungan pertahanan
Selepas sembilan bulan Iran dan Arab Saudi memulihkan hubungan diplomatik, pegawai kanan pertahanan kedua-dua negara mula membincangkan cara untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan.
Pas intai jawatan ketua pembangkang, Bersatu patut risau - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata beberapa keputusan telah dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dan perkara berkenaan akan diumumkan oleh Perdana Menteri atau Ketua Setiausaha Negara (KSN).
AWANI Ringkas: Pembedahan prostat bukan kanser prostat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Bantuan rumah sewa mangsa banjir termenung akan diselesaikan - MB Kelantan
Kerajaan negeri akan menyelesaikan pemberian subsidi rumah sewa kepada 58 keluarga mangsa banjir termenung yang terkesan akibat Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
[TERKINI] Lebih 100 kes penyakit berjangkit direkod di PPS di Kelantan
102 kes penyakit berjangkit dikesan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bachok, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kota Bharu sehingga Ahad.
Ahmad Zahid nafi letak jawatan, hidap kanser
Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan).Semua orang lelaki ada prostat ada sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.
Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan.

Hujan lebat berterusan di Terengganu, Kelantan, Pahang 6 hingga 8 Disember
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh Terengganu serta beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang pada 6 hingga 8 Dis ini.

Tentera Israel tembak dua ambulans di Semenanjung Gaza
Kejadian itu berlaku di kawasan Faluja di utara Gaza, dengan dua paramedik persatuan itu dan seorang lagi cedera.

Sooka serba baharu tawar harga menarik serendah RM14.90 sebulan
Sooka, khidmat penstriman terkemuka Malaysia telah melancarkan pek serba baharunya dengan harga promosi yang menarik, ciri-ciri baharu dan lebih banyak kandungan.

Hendrawan kekal komited bimbing Tze Yong
Hendrawan berkata, beliau mempunyai tanggungjawab jelas untuk membantu pemain di ranking ke-14 dunia itu di Paris.

Pearly-Thinaah mampu tangani jika ada perselisihan - Hannah
Hannah berkata, pemenang pingat emas Sukan Komanwel Birmingham 2022 itu pastinya mampu mengatasi sebarang cabaran.

Zii Jia mara ke suku akhir Masters China
Pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia meneruskan momentum cemerlang di Masters China apabila mara ke suku akhir hari ini.

Zii Jia tundukkan Tze Yong, mara ke pusingan kedua Masters China
Lee Zii Jia membuktikan dirinya masih pemain nombor satu negara selepas berhempas pulas menundukkan rakan senegara Ng Tze Yong di pusingan pertama Masters China sebentar tadi.

Badminton Masters Jepun: Pasangan junior negara tewaskan pasangan senior
Gandingan beregu campuran muda negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka lebih unggul daripada pasangan senior profesional negara.

Hadiah wang tunai final Jelajah Dunia BWF naik mulai tahun ini hingga 2026
Final Jelajah Dunia BWF kekal sebagai kejohanan badminton paling lumayan di dunia dengan tawaran hadiah wang tunai keseluruhan AS$11.5 juta.

Zii Jia sah tidak lagi sertai program RTG
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia kekal dengan keputusan untuk tidak menandatangani persetujuan komitmen (LOC) sekali gus tidak lagi berada di bawah program Road to Gold (RTG).

Tiket Terbuka Malaysia 2024 mula dijual Rabu ini
Satu kempen pembelian awal menyediakan diskaun kepada peminat yang mendapatkan tiket mereka sebelum 15 Dis.

Siapa bakal jadi pengganti Peng Soon?
Walaupun Yee See sering bertukar pasangan ketika latihan, namun keputusan siapa yang layak bergandingan tidak boleh diputuskan dengan mudah.