UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final

Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.

Astro Arena
Sat Sep 09 2023
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian. - Foto Stadium Astro
HASRAT beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan dalam aksi separuh akhir di Guangzhou sebentar tadi.

Turun selaku peserta bukan pilihan, pasangan negara itu memberikan tentangan sengit kepada Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dalam set pembukaan, di mana mereka mendahului 11-8 selepas saling bekejaran mata sejak awal permainan.

Biarpun pada satu ketika pasangan negara itu hanya memerlukan dua mata untuk memenangi set berkenaan di kedudukan 19-17, mereka membenarkan lawan memperoleh empat mata berturut-turut, sekali gus akur melepaskan set berkenaan dengan tewas 19-21.

Kekalahan itu jelas meragut keyakinan Kian Meng dan Pei Jing dalam set kedua dan sebaik kedudukan terikat 5-5, mereka tidak pernah dapat memintas lawan sebelum akur menamatkan pertarungan selama 34 minit itu dengan kekalahan 11-21.

*Artikel disiarkan di Stadium Astro


#Badminton Terbuka China#beregu campuran negara#Tan Kian Meng#Lai Pei Jing#Separuh Akhir
Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran

Potensi dilanda tsunami, pihak berkuasa tingkatkan amaran

Pihak berkuasa Indonesia tingkatkan lagi amaran Gunung Ruang di Sulawesi dengan mengeluarkan amaran tsunami susulan berlakunya sekali lagi letusan gunung ruang di wilayah Sulawesi utara pada Rabu.
Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah

Houthi tembak Kapal Tangki Minyak Andromeda Star di Laut Merah

Kumpulan Houthi terus melancarkan serangan ke atas kapal komersial di Laut Merah dan terbaharu serangan peluru berpandu mengenai kapal tangki minyak Andromeda Star.
Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung

Ratusan rumah, bangunan rosak dibadai puting beliung

Ratusan rumah, bangunan dan ladang ternakan di Omaha, Nebraska rosak akibat kejadian Puting beliung yang membadai kawasan itu pada petang Jumaat.
Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

Hamas sudah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

Rundingan sebelum ini pada November lepas menyaksikan pembebasan 81 rakyat Israel dan 24 warga asing dengan pertukaran 240 warga Palestin termasuk 71 wanita dan 169 kanak-kanak.
95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India

95 kanak-kanak mangsa diselamatkan di India

Seramai 95 kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun diselamatkan di Uttar Pradesh di utara India, dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dari negeri jiran, Bihar.
Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV

Pesara tentera diminta kemaskini data di JHEV

Jelas Adly setakat ini lebih 213 ribu veteran berdaftar dengan jabatan tersebut, berbanding sekitar 300,000 yang telah bersara dalam perkhidmatan.
10 Berita Pilihan - (27 April 2024)

10 Berita Pilihan - (27 April 2024)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad - 28 April 2024

Tumpuan Ahad - 28 April 2024

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia

AWANI Ringkas: UM mohon maaf kepada rakyat Malaysia

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu

Jangan sentuh isu 3R sepanjang kempen PRK Kuala Kubu Baharu

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) diminta untuk meningkatkan pemantauan bagi mengesan sebarang hantaran yang menyalahi undang-undang.
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final

Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final

Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.
Badminton Terbuka China: Ng Tze Yong dikejutkan lawan di ranking ke-45

Badminton Terbuka China: Ng Tze Yong dikejutkan lawan di ranking ke-45

Ng Tze Yong gagal menepati ramalan apabila kecundang kepada pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito, dalam pusingan kedua Terbuka China.