awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkukuh kefahaman, pegangan terhadap sunah sebagai sumber dan panduan hidup
KKR pertimbang lanjutan enam bulan projek WISE
Gudang terbakar, 76.8 tan limau mandarin musnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka Malaysia: Reezal Merican sedia bantu BAM jika perlu

Bernama
Bernama
08/02/2021
07:26 MYT
Badminton Terbuka Malaysia: Reezal Merican sedia bantu BAM jika perlu
Menurut Reezal Merican, pihaknya yakin ia dapat dijayakan menerusi konsep gelembung sukan seperti dua kejohanan iaitu Terbuka Thailand dan Jelajah Dunia Akhir BWF baru-baru ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berjanji untuk membantu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam penganjuran kejohanan Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia.
Beliau berkata walaupun penganjuran kejohanan antarabangsa dengan penyertaan atlet luar negara dilihat masih jauh, pihaknya yakin perkara itu dapat dijayakan menerusi konsep gelembung sukan seperti dua kejohanan iaitu Terbuka Thailand dan Jelajah Dunia Akhir BWF di Bangkok, baru-baru ini.
Katanya, beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden BAM Tan Sri Mohamad Norza Zakaria bagi membincangkan perkara berkenaan dengan lebih teliti termasuk pulangan pelaburan (ROI) kepada Persatuan Badminton Thailand (BAT).
"Kalau ada keperluan dan peluang bagi sukan seperti badminton untuk Kementerian Belia dan Sukan bantu, saya akan bantu. Kalau kita berjaya menggunakan konsep gelembung sukan sebagaimana dilakukan oleh Thailand, mungkin kita boleh lakukan (anjur kejohanan).
"Tetapi ia bergantung kepada keupayaan dan kesesuaian penganjur sendiri kerana adakalanya kos lebih tinggi," katanya dalam satu temu bual pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan bahawa nasib kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadual berlangsung pada 31 Mac hingga 4 April serta Masters Malaysia pada 6-11 April, kabur dan berkemungkinan besar ditangguhkan hingga Jun kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Reezal Merican berkata KBS telah mengemukakan cadangan dan mekanisme baharu kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk pembukaan sektor sukan menerusi konsep gelembung sukan, termasuk untuk penganjuran kejohanan domestik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Reezal Merican Naina Merican
#BAM
#BWF
#badminton
#KBS
#Kementerian Belia dan Sukan
#gelembung sukan
#Norza Zakaria
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan