awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Badminton Terbuka New Zealand batal sehingga 2026 - BWF

Bernama
Bernama
06/03/2023
12:04 MYT
Badminton Terbuka New Zealand batal sehingga 2026 - BWF
BWF dalam satu kenyataan memberitahu, Badminton New Zealand telah melepaskan hak penganjuran kejohanan bertaraf Super 300 Jelajah Dunia itu untuk empat tahun akan datang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Terbuka New Zealand telah dibatalkan sehingga 2026, demikian diumumkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.
BWF, dalam satu kenyataan, memaklumkan Badminton New Zealand telah melepaskan hak penganjuran kejohanan bertaraf Super 300 Jelajah Dunia itu untuk empat tahun akan datang.
"Badan induk negara itu membuat kesimpulan bahawa mereka tidak lagi sesuai untuk menganjurkannya, Berikutan perbualan dengan BWF, telah dipersetujui bahawa perlu membatalkan kejohanan itu sehingga penghujung kitaran hos semasa dari 2023-2026," menurut BWF.
Berdasarkan kalendar kejohanan 2023 yang dikeluarkan oleh BWF tahun lepas, Terbuka New Zealand telah dijadualkan diadakan di Auckland dari 8-13 Ogos ini, dua hari selepas tamatnya Terbuka Australia bertaraf Super 500.
Terbuka New Zealand kali terakhir diadakan pada 2019 apabila gandingan negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying merangkul kejuaraan beregu campuran, sebelum ia dibatalkan pada 2020, 2021 dan 2022 kerana pandemik COVID-19 dan komplikasi berkaitannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#Terbuka New Zealand
#BWF
#hak penganjuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan