LEGENDA Real Madrid, Ronaldo menyifatkan tonggak Los Blancos, Karim Benzema layak menerima anugerah Ballon d'Or musim ini berdasarkan pencapaian semasa pemain tersebut.

"Benzema tanpa keraguan merupakan calon saya untuk anugerah Ballon d'Or musim ini.

"Penyerang terbaik, sensasi dalam tempoh 10 tahun dan menjulang kejuaraan bersama kelab serta pasukan negara, tidakah anda berfikiran sedemikian?" tulis bekas tonggak Brazil itu di laman Facebooknya.

Benzema merupakan dalam kalangan 30 calon tersenarai untuk anugerah berprestij bola sepak Eropah itu bersama Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

Prestasi semasa penyerang berusia 30 tahun itu membolehkannya tersenarai dalam skuad Perancis bagi Euro 2020 dan Real Madrid musim ini.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.