awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ballon d'Or Feminin: Alexia Putellas pertahan gelaran di sebalik cedera ACL

Astro Arena
Astro Arena
18/10/2022
02:15 MYT
Ballon d'Or Feminin: Alexia Putellas pertahan gelaran di sebalik cedera ACL
Alexia Putellas menunjukkan anugerah yang diterimanya selepas memenangi Ballons d'Or Feminin pada majlis Ballon d'Or ke-66 di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis, 17 Okt 2022. (Foto AP)
PEMAIN tengah Barcelona dan Sepanyol, Alexia Putellas, mempertahankan gelaran Ballons d'Or Feminin awal pagi tadi, sekali gus menjadi pemain pertama memenangi anugerah itu dua kali berturut-turut.
Putellas memenangi anugerah pertamanya tahun lalu selepas memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Barca sebelum kembali ke final kejohanan itu tahun ini.
Bagaimanapun, Blaugrana tewas kepada Lyon dalam final kali ini tetapi Putellas menamatkan kejohanan Eropah itu selaku penjaring terbanyak dan pemain terbaik.
Dia kemudian terlepas aksi Euro Wanita 2022 kerana mengalami koyak anterior cruciate ligament (ACL) beberapa hari sebelum kejohanan itu membuka tirai.
Walaupun terlepas kejohanan itu pada ketika tiga daripada empat finalis lain beraksi dalam Euro 2022, Putellas sekali lagi dipilih oleh France Football untuk memenangi gelaran itu di Paris tahun ini.
Beth Mead, yang memacu kejayaan England menjuarai Euro 2022, menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Putellas, yang memberikan ucapan penuh beremosi selepas menerima gelaran itu.
"Terima kasih kepada France Football dan kesemua juri.
"Pada 5 April lalu, saya cedera lutut dan saya percaya ini (memenangi Ballon d'Or) tidak mungkin akan berlaku kerana saya percaya hanya Kejohanan Eropah terbaru itu akan diingati. "Saya harap apabila saya kembali memberikan ucapan seperti ini pada masa akan datang, saya telah kembali semula ke lapangan dan saya berharap kita akan berjumpa lagi di sana," katanya.
#bola sepak#Barcelona#Sepanyol#Ballon d'Or#Alexia Putellas
Topic Berkaitan
#Ballon d'Or
#Ballons d'Or Feminin
#Alexia Putellas
#barcelona
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan