KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar gabungan pemain kebangsaan dan profesional untuk bertanding dalam dua kejohanan bagi acara berpasukan campuran tahun ini.
Pengarah kejurulatihan perseorangan BAM Wong Choong Hann berkata kejohanan itu ialah Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu dari 14 hingga 19 Feb diikuti Piala Sudirman di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei.
"Saya rasa BAM akan membuat pengumuman rasmi (mengenai senarai pemain) tidak lama lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat dengan Majlis Sukan Negara (MSN) di sini hari ini.
Beliau juga berkata mereka telah berbincang dengan beberapa pemain utama untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai cara kedua-dua pihak harus bergabung dalam kedua-dua kejohanan.
"Ia bakal menjadi musim yang sibuk bagi 2023 dan melihat kepada tempoh kelayakan Sukan Olimpik 2024 yang bermula pada Mei, bukan sahaja kita malah pemain profesional sudahpun memiliki rancangan mereka.
"Ini termasuk cara menjimatkan tenaga serta menyediakan diri dari segi fizikal dan fizikal menjelang separuh kedua tahun ini," katanya.
Ditanya sama ada jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia akan menyertai skuad itu, Choong Han hanya menjawab: "Saya akan maklumkan anda (media) kemudian."
Pada edisi sebelum ini yang berlangsung di Hong Kong pada 2019, BAM telah memilih menghantar skuad kedua mereka. Malaysia tewas 0-3 kepada China yang menjuarai kejohanan itu, pada suku akhir.
Choong Hann turut memaklumkan bahawa mesyuarat dengan MSN hari ini adalah lebih kepada membincangkan mengenai persiapan menghadapi tiga temasya sukan seperti Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis.
"Kami ingin melihat bagaimana keseluruhan kerjasama antara BAM, MSN dan Institut Sukan Negara dapat menyokong pemain terutama untuk melayakkan diri ke Paris 2024," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan menghantar gabungan pemain kebangsaan dan profesional untuk bertanding dalam dua kejohanan bagi acara berpasukan campuran tahun ini.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Ker Ying tanam misi pertahan legasi pingat emas di Sukan SEA
Ker Ying tekad untuk memberikan 100 peratus dalam latihan selain akan berbincang dengan jurulatihnya Li Jun Bai untuk menyusun strategi.

Hannah Yeoh jumpa Zii Jia minggu depan
Yeoh berkata beliau akan mendengar segala permasalahan dihadapi pemain keempat dunia itu dalam perjumpaan tersebut.

Zhing Yi teruja ke Sukan SEA, mahu balas budi BAM
Zhing Yi kini menjalani latihan intensif bersama jurulatih James Chua dengan memberi tumpuan kepada aspek kecergasan fizikal.

Semua bantuan diperlukan Zii Jia akan diberi menerusi RTG - Norza
Semua bantuan yang diperlukan oleh pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk menghadapi Sukan Olimpik Paris 2024 akan disediakan menerusi program 'Road To Gold' (RTG).

Zii Jia kembali ke BAM?
Persoalan sama ada perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih menjadi tanda tanya.

Prestasi Jun Hao bimbangkan BAM
Prestasi terumbang-ambing perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao membimbangkan BAM apatah lagi beliau diletakkan sebagai prospek emas di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja Mei ini.

Kisona buru kedudukan 20 terbaik dunia
Kisona optimis dengan corak latihannya yang disifatkan solid bersama jurulatih baharu Mohd Zakry Abdul Latif dan rakan pasukan.

All England 2023 fokus utama Aaron-Wooi Yik
Mereka akan jadikan kejohanan Terbuka Jerman sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England.

BAMTC: Rexy mungkin pecahkan gandingan sedia ada
Rexy perlu melihat tahap kesediaan dan kondisi para pemain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut memecahkan gandingan sedia ada di Dubai.

Hannah kecam ucapan berbaur perkauman bekas pemain pelapis BAM
Walaupun bekas pemain tersebut telah meminta maaf, Hannah sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataannya.

'Sepatutnya sudah ada satu kejuaraan'
Katanya, BAM perlu lakukan sesuatu untuk pemain negara bangkit, sekali gus mencipta kejuaraan dalam kejohanan akan datang.