KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menafikan laporan mengaitkan pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia meninggalkan badan induk berkenaan.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata pemain di ranking ketujuh dunia itu langsung tidak mengetahui tentang spekulasi mengatakan dirinya keluar daripada persatuan itu.

"Keazaman dan visinya kekal sama, sebagai pemain perseorangan lelaki kebangsaan negara ini. Dia 100 peratus memberi fokus terhadap Sukan Olimpik Paris 2024," katanya di laman Facebook BAM hari ini.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan juara All England 2021 itu akan meninggalkan BAM dan meneruskan karier sebagai pemain profesional.

Bukan itu sahaja, dilaporkan juga pemain berusia 23 tahun itu akan menerima sejumlah besar tujuh angka wang tajaan sekiranya beliau memutuskan untuk berbuat demikian.

-- BERNAMA