awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia perlu kekal aktif rohani dan jasmani - Dr Mohammed Taufiq
Perry Bamonte, ahli The Cure, meninggal dunia pada usia 65 tahun
21 tahun Tsunami: Musibah menjadi berkah perdamaian kekal di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BAM sudah ada keputusan siapa calon presiden

Bernama
Bernama
19/04/2017
15:47 MYT
BAM sudah ada keputusan siapa calon presiden
Perebutan jawatan presiden itu menjadi hangat selepas wujudnya gentlemen's agreement yang lebih memihak kepada Mohamad Norza (kanan) berbanding Mohamed Al-Amin (kiri).
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sudah mempunyai keputusan siapa individu yang bakal menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff untuk meneruskan kepimpinan dalam badan induk itu.
Timbalan Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau dan Pemangku Presiden BAM, Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid telah bersetuju dengan satu keputusan mengenai jawatan tertinggi itu, namun mereka mahu memaklumkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin terlebih dahulu.
Mohamad Norza ketika dihubungi berkata perbincangan hampir sejam bersama Mohamed Al-Amin dalam perjumpaan tertutup hari ini telah mencapai satu keputusan yang positif demi kepentingan badminton negara.
"Pertemuan hari ini adalah perbincangan mengenai jawatan Presiden BAM seperti yang diketahui umum. Perbincangan berjalan lancar, kami bersetuju dengan keputusan yang telah diputuskan tetapi akan memaklumkan secara rasmi selepas bertemu Menteri (Khairy Jamaluddin).
"Selepas itu kita akan maklumkan kepada media, sama ada melalui saya sendiri ataupun Tan Sri (Mohamed Al-Amin)," katanya kepada Bernama.
BACA: Hentikan spekulasi, beri kesempatan kami berbincang - Norza
Mohamad Norza berkata selepas beliau dan Mohamed Al-Amin membuat perjumpaan secara berasingan dengan Khairy, kedua-dua pihak bersetuju untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu jawatan presiden itu.
Perebutan jawatan presiden itu menjadi hangat selepas wujudnya gentlemen's agreement yang lebih memihak kepada Mohamad Norza berbanding Mohamed Al-Amin.
Bagaimanapun, Mohamed Al Amin turut berminat dengan jawatan itu dan menafikan terbabit dalam perjanjian itu, sekali gus mencetuskan konflik dalam badan induk berkenaan.
Secara tradisinya, tiada pertandingan membabitkan jawatan Presiden BAM sejak 32 tahun lalu. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#Khairy Jamaluddin
#Mohamad Norza Zakaria
#Mohamed Al-Amin Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan