SUKAN sewajarnya menjadi alat perpaduan, malangnya bola sepak khususnya di Eropah dicemari dengan kebencian.
Bola sepak dunia ketika ini sedang diduga dengan isu rasisme atau perkauman. Biarpun isu perkauman bukan perkara baharu, ia kini sedang membarah menjadi penyakit yang amat sukar untuk ditemui vaksinnya.
Penyerang Liverpool Mohamed Salah, dengan 22 gol di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, beliau mungkin wira di kelabnya, namun hanya kerana dia berbangsa Arab, isu agama menjadi subjek hamburan penyokong ekstrem lawan ketika pasukannya melayan Chelsea dan West Ham baru-baru ini.
Beliau sering diherdik dengan kata-kata kesat, dan tidak cukup dicemuh di atas padang, beliau turut menjadi sasaran di laman sosial, sesuatu yang mengguris hati Mohamed Abdullah Zidan yang pernah beraksi bersama Salah dalam pasukan kebangsaan Mesir.
"Apabila ia berlaku, ia adalah kerana peminat, mereka bertindak sedemikian agar pemain terganggu. Sudah tentu ia adalah tidak beradap, tidak bagus dan mengganggu perasaan," kata bekas pemain Borussia Dortmund itu dalam satu temu bual bersama Bernama News Channel (Astro 502) baru-baru ini.
Salah bukan satu-satunya pemain yang menjadi mangsa perkauman dan provokasi melampau penyokong. Pemain kulit hitam dalam EPL antaranya Raheem Sterling, Chris Smalling, Ashley Young, Troy Deeney dan Danny Rose pernah diserang secara verbal, hanya kerana perbezaan warna kulit.
Mungkin dunia tidak boleh lupa bagaimana penyerang dari Uruguay, Luis Suarez menghambur pertahanan Manchester United, Patrice Evra dengan perkataan 'negro', dan bekas penyerang Liverpool yang kini bersama Barcelona itu telah menikmati hukumannya, digantung lapan perlawanan.
Adakah ini yang terpaksa ditelan pemain-pemain hebat ketika populariti menghambat mereka, dan adakah ia berbaloi dengan status liga paling popular di dunia, ketika pemain terpaksa beraksi di bawah tekanan?
Bagi membuka mata dunia tentang tenatnya isu perkauman di Eropah, pada 19 April lalu, Persatuan Pemain Profesional (PFA) yang dianggotai bintang-bintang EPL melancarkan kempen memboikot media sosial selama 24 jam.
Jika EPL dilihat terlalu sakit, Liga Itali - Serie A sebenarnya lebih kejam.
Mario Balotelli ketika menyarung jersi AC Milan pernah meninggalkan padang sambil menangis, gara-gara mulut celupar penyokong yang tidak sensitif. Begitu juga Kalidou Koulibaly yang menyarung jersi Napoli dan Sulley Muntari ketika beraksi bersama Pescara, mereka diejek dan digelar monyet di tengah padang.
"Sukan menghubungkan orang ramai dan pemain. Kejayaan diraikan bersama-sama kerana ia adalah saat paling indah. Anda juga dapat saksikan orang ramai dari seluruh dunia gigih berusaha untuk beraksi dalam acara sukan dan permainan.
"Anda dapat lihat pemain dari Afrika bermain bersama pemain dari Eropah, Mesir dan Asia serta dari seluruh dunia. Apabila permainan dimulakan, anda boleh lihat 60 atau 70,000 penonton yang duduk bersama-sama untuk menyokong pasukan mereka," kata Zidan.
Lebih parah, epidemik perkauman turut menular dalam kalangan pemain, lebih besar ia menjangkaui sehingga seluruh pasukan. Hakikatnya rasisme bukan sahaja boleh membunuh karier pemain, malah ia mampu merosakkan liga itu sendiri.
Selain EPL dan Serie A, dua lagi liga utama di Eropah iaitu La Liga di Sepanyol serta Bundesliga di Jerman, juga tidak terlepas daripada gejala perkauman.
Namun pendekatan Bundesliga dilihat paling berkesan untuk sekurang-kurangnya muncul antara liga yang paling minimum berlaku kes provokasi perkauman.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bundesliga Antarabangsa Robert Klein, rasisme tidak mempunyai tempat dalam bola sepak atau mana-mana tempat di dunia.
Untuk itu, Bundesliga mempunyai sebuah syarikat sekutu yang dinamakan 'Shiftghon' untuk menangani isu melalui kerja-kerja amal.
"Dan sepanjang musim, kami melakukan aktiviti yang berbeza, antaranya yang terbaru kami melancarkan kelab rasisme dan kami telah melakukannya selama dua tahun, memberikan nasihat dalam bola sepak, kehidupan, tidak ada perkauman dan sebagainya.
"Saya rasa kita harus mengawalnya...Saya fikir cara terbaik untuk mengatasi (sesuatu perbalahan) ialah dengan menjawabnya di padang, cari mereka yang bersalah dan hukum mereka," katanya yang berada di Malaysia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Bola Sepak Dunia minggu lepas.
Bundesliga adalah liga bola sepak profesional utama di Jerman dengan kehadiran stadium purata tertinggi di dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 12 2019
Salah menjadi subjek cercaan penyokong ekstrem lawan ketika pasukannya melayan Chelsea dan West Ham baru-baru ini. - Gambar fail
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.