awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penguatkuasaan kebajikan haiwan berterusan, DVS selesai lebih 16,000 aduan
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi

Astro Arena
Astro Arena
24/04/2022
03:03 MYT
Barcelona enggan ikut jejak langkah Man Utd dalam era pasca Messi - Xavi
Xavi Hernandez. (Foto AP)
PENGENDALI Barcelona, Xavi telah menekankan kesukaran bersaing untuk trofi selepas penghijrahan Lionel Messi, tetapi berkata gergasi Catalan itu tidak mampu untuk mengikut pergelutan dihadapi Manchester United baru-baru ini.
Blaugrana menuju ke perlawanan hari ini menentang Rayo Vallecano, 15 mata di belakang pendahulu LaLiga, Real Madrid dengan hanya 18 mata untuk dimainkan.
Selepas pengendali terdahulu, Ronald Koeman, meninggalkan kelab gergasi Catalan itu di tempat kesembilan, Xavi Hernandez telah menyelia kebangkitan semula nasib pasukan dan sedang mencari untuk mendapatkan penamat empat teratas pada penghujung musim peralihan untuk kelab itu.
Walaupun Xavi mengakui Barcelona perlu bersabar dalam mengejar trofi selepas kehilangan khidmat penyerang legenda, Messi kepada Paris Saint-Germain, dia berkata kelab itu tidak boleh terlepas bola sepak Liga Juara-Juara, dengan menonjolkan Red Devils sebagai contoh yang kini terlepas slot ke pertandingan itu ekoran kekalahan 3-1 kepada Arsenal.
"Ia adalah realiti kami. Ini adalah era selepas [Lionel] Messi, cukup sukar," kata Xavi.
"Dia pernah memenangi perlawanan untuk Barca atas usahanya sendiri. Kami perlu bersabar. Saya teruja untuk memenangi trofi, tetapi kami perlu kuatkan lagi pasukan. Kami perlu realistik.
"Kami berada di tahun pertama era pasca Messi, kami perlu bersabar. Kami telah melihat banyak pasukan yang hebat, seperti di Manchester United, [di mana] sukar untuk mereka kembali, untuk layak untuk Liga Juara-Juara.
"Barca tidak boleh membenarkan perkara itu berlaku. Kami perlu berjuang untuk trofi, kami mahu bersaing."
Topic Berkaitan
#barcelona
#Manchester United
#Xavi
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan