SPORTS
Barcelona julang trofi La Liga kali ke-28, raih treble domestik musim 2024/25

Barcelona diberi penghormatan dalam satu acara yang mengiktiraf kejayaan mereka bukan sahaja dalam La Liga, malah dalam kejayaan treble domestik menjuarai La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol. - Foto FC Barcelona
FC Barcelona secara rasmi menjulang trofi La Liga buat kali ke-28 dalam sejarah kelab, dalam satu majlis penganugerahan penuh warna-warni yang berlangsung pada Ahad (18 Mei) di Estadi Olímpic Lluís Companys, Montjuïc.
Walaupun Barcelona mendahului 2–1 pada separuh masa pertama hasil jaringan Lamine Yamal (minit ke-38) dan Fermín López (45′+5), mereka gagal mempertahankan kelebihan apabila Santi Comesaña menyamakan kedudukan seawal babak kedua.
Tajon Buchanan kemudiannya menjaringkan gol kemenangan untuk Villarreal pada minit ke-80 kekalahan liga pertama Barça sejak Disember.
Kalah tipis 3-2 kepada Villarreal pada perlawanan terakhir musim ini, suasana di stadium kekal meriah apabila penyokong memenuhi ruang tempat duduk bagi meraikan kejayaan pasukan kesayangan mereka.Kekalahan ini bukan sahaja merencatkan sambutan kejuaraan di laman sendiri, malah menamatkan rekod 17 perlawanan tanpa kalah Barcelona dalam saingan La Liga.
Namun begitu, mereka masih berada di tangga teratas liga dengan 85 mata, mengatasi pencabar terdekat Real Madrid (81 mata).
Pasukan turut diberi penghormatan dalam satu acara penghargaan yang mengiktiraf kejayaan mereka bukan sahaja dalam La Liga, malah dalam kejayaan treble domestik menjuarai La Liga, Copa del Rey dan Piala Super Sepanyol di bawah kendalian pengurus Hansi Flick.
Musim ini turut dikenang dengan beberapa detik dramatik seperti kemenangan 4-3 ke atas Real Madrid dalam El Clásico serta kejayaan bangkit daripada fasa sukar pada bulan November menjadikan kejayaan ini lebih manis dan bermakna buat penyokong setia.
Dengan satu perlawanan terakhir berbaki di laman sendiri, Barcelona akan menerima kunjungan Athletic Club pada hari terakhir musim ini.
Walaupun kejuaraan sudah terjamin, pasukan kendalian Hansi Flick berazam untuk bangkit dan mencapai sasaran 90 mata bagi menamatkan musim ini dengan penuh bergaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami