awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayern sahkan Lucas Hernandez selamat jalani pembedahan lutut

Astro Arena
Astro Arena
04/07/2021
23:52 MYT
Bayern sahkan Lucas Hernandez selamat jalani pembedahan lutut
Hernandez koyak meniscus lutut kirinya ketika Perancis terikat 2-2 dengan Portugal dalam Euro 2020 pada 23 Jun lalu. - Foto Stadium Astro
BAYERN MUNICH mengesahkan bahawa pertahanan mereka, Lucas Hernandez, telah selamat menjalani pembedahan kecederaan lutut.
Hernandez koyak meniscus lutut kirinya ketika Perancis terikat 2-2 dengan Portugal dalam Euro 2020 pada 23 Jun lalu.
Pengarah Sukan Bayern, Hasan Salihamidzic, berkata dalam satu kenyataan: "Kami mendoakan agar Lucas segera pulih dengan sepenuhnya. Doktor kami amat gembira dengan pembedahan itu. Dia akan dapat kembali diturunkan selepas beberapa minggu ini."
Hernandez melakukan 62 penampilan buat Bayern dalam kesemua kejohanan sejak menyertai pasukan itu daripada Atletico Madrid dua tahun lalu.
Pemain berusia 25 tahun itu hanya pernah tewas sekali dalam 42 perlawanan Bundesliga, dan tidak pernah tewas sebarang perlawanan yang diwakilinya sepanjang musim pertama di Arena Allianz, di mana Bayern menyapu bersih kejuaraan 'treble' di bawah kendalian Hansi Flick.
Pasukan juara Jerman itu, yang kini di bawah bimbingan Julian Nagelsmann, akan memulakan misi mempertahanan kejuaraan mereka dengan bertandang ke laman Borussia Monchengaldbach pada 13 Ogos ini.
Topic Berkaitan
#Bayern Munich
#Lucas Hernandez
#bola sepak
#Pembedahan
#lutut
#koyak
#meniscus
#Euro2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan