Beberapa acara sukan pada temasya Sukan SEA ke-30 yang sedang berlangsung di dua kluster iaitu Subic dan Clark terpaksa ditunda ke tarikh baharu susulan Taufan Kimmuri mula membadai negara itu.
Pengarah Sukan, Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Filipina (PHISGOC), Karen Claire Caballero, dalam kenyataan berkata, antara jenis sukan yang dipinda ke tarikh baharu ialah bola tampar pantai, kanu/kayak, Muay Thai, pencak silat, pentatlon dan luncur angin.
Acara bola tampar pantai yang bermula pada Isnin dan hari ini (Selasa) ditunda kepada Rabu hingga Jumaat, kanu-kayak (Jumaat-Ahad), Muay Thai, Mai-Waikru (Rabu-Khamis) dan acara seni mempertahankan diri akan bermula Jumaat hingga Ahad ini.
Karen berkata semua acara kapal layar di Subic Bay, yang bermula hari ini hingga Rabu telah dibatalkan dan akan disambung semula Khamis ini manakala acara pencak silat pada semalam dan hari ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Subic ditunda kepada Rabu hingga Jumaat ini.
Beliau berkata acara triatlon berpasukan campuran berganti-ganti pada awal pagi Selasa ditunda kepada jam 3.30 petang manakala sesi pagi pentatlon Rabu ini ditunda kepada Khamis.
Beliau turut mengatakan acara luncur angin di Kelab Pelayaran Subic pada Selasa dibatalkan dan akan diadakan pada Rabu ini.
Bagaimanapun, enam lagi jenis sukan iaitu ping pong, sepak takraw, catur, mendayung, renang laut terbuka dan bola baling pantai akan diteruskan seperti dijadual.
Di kluster South Luzon dan La Union (SOLU), di luar pinggir bandaraya Manila, Karen berkata pertandingan papan selaju ditunda ke tarikh baharu dan acara hoki dalam air akan berlangsung seperti biasa tetapi perlu dihentikan sebelum jam 3 petang.
Menurutnya, acara berbasikal dan hoki dalam dewan tidak terjejas dan berlangsung seperti dijadualkan.
Menurut laporan antarabangsa, sekurang-kurang seorang terbunuh manakala ribuan rakyat di Filipina dipindahkan serta operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino digantung ketika Taufan Kammuri, yang juga dikenali sebagai taufan Tisoy oleh penduduk tempatan, semakin mendekati pulau utama Luzon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 02 2019
Antara jadual acara sukan yang terjejas adalah sukan layar. - Gambar fail
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.
China gesa Filipina henti pencabulan, provokasi di Laut China Selatan
Tentera Filipina pada Sabtu dakwa kapal pengawal pantai China menggunakan meriam air terhadap kapal bekalan Filipina di Laut China Selatan.
Menteri Luar India akan lawat Singapura, Filipina dan Malaysia
Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar akan melakukan lawatan rasmi ke Singapura, Filipina dan Malaysia dari 23 hingga 27 Mac ini.
Kecoh apabila dua kumpulan pondan bertempur di Bangkok
Polis bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima laporan 20 wanita transgender warga Filipina menyerang dua wanita transgender warga Thailand.
Skandal jualan beras: Filipina gantung tugas lebih 130 pegawai
Arahan itu akan berkuat kuasa pada Isnin sementara siasatan dijalankan untuk menentukan kebenaran dakwaan berkenaan
Rantau ASEAN dilanda 36 bencana, Indonesia dan Filipina paling terjejas teruk
Rantau ASEAN mengalami 36 bencana sepanjang minggu lepas, termasuk banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin, terutama di Indonesia, Filipina dan Malaysia.
Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Jelawat
MetMalaysia mengeluarkan nasihat ribut tropika Jelawat yang bergerak ke arah barat kira-kira 396 kilometer (km) timur laut Davao, Filipina.
Rakyat Malaysia diculik sebelum dibunuh di Filipina - Bukit Aman
Seorang rakyat Malaysia yang bekerja di Manila, Filipina telah diculik sebelum dibunuh oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali pada 22 Okt lepas.
Gempa bumi kuat 6.4 magnitud landa Mindanao
Gempa dengan kedalaman 81 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 76km utara dari Bislig, Filipina.