awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beckham lihat potensi England rangkul trofi Euro

Sinar Harian
Sinar Harian
16/11/2023
08:23 MYT
Beckham lihat potensi England rangkul trofi Euro
"Saya optimis dengan pasukan England ketika ini," kata Beckham. - Gambar fail/Reuters
LEGENDA bola sepak, David Beckham melihat potensi pemain muda England menamatkan kemarau beberapa dekad untuk meraih trofi pada Kejohanan Euro di Jerman tahun depan.
Skuad itu memiliki barisan pemain berbakat termasuk di jentera serangan seperti bintang Real Madrid, Jude Bellingham dan Harry Kane yang menikmati musim menakjubkan bersama Bayern Munich.
Pasukan bimbingan Gareth Southgate yang menghuni ranking keempat dunia mempunyai rekod yang baik dalam kejohanan utama, tetapi England belum menikmati kejayaan sejak memenangi Piala Dunia ketika menjadi tuan rumah pada 1966.
Skuad The Three Lions mara ke separuh akhir Piala Dunia di Rusia pada tahun 2018 dan berdepan kekalahan memeritkan kepada Itali menerusi sepakan penalti ketika perlawanan akhir Kejohanan Eropah di Wembley tiga tahun kemudian.
“Saya optimis dengan pasukan England ketika ini.
"Saya percaya pada Gareth (Southgate) dan apa yang dia lakukan selama beberapa tahun kebelakangan ini.
“Nasib kami tidak baik apabila tewas di perlawanan akhir Euro menentang Itali, tetapi kami begitu hampir,” ujar Beckham yang merupakan bekas pemain tengah Manchester dan Real Madrid.
England bakal menerima kunjungan Malta awal pagi Sabtu sebelum bertandang ke Macedonia Utara tiga hari kemudian.
“Saya tidak mahu bercakap terlalu awal, tetapi Euro 2024, saya fikir kita mempunyai peluang sebenar dengan pemain muda seperti Cole Palmer, Jude Bellingham dan beberapa pemain lain.
“Malah kami juga mempunyai kapten seperti Harry Kane yang komited memberi inspirasi kepada pasukannya dan masih terus menjaringkan gol.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#David Beckham
#Gareth Southgate
#pasukan England
#Euro 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan