Skip to main content

Teknologi

Google lancar Playground, bina permainan AI tanpa pengetahuan pengekodan

Permainan yang dijana boleh disimpan, dikongsi dengan rakan melalui pautan khas atau diterbitkan secara terbuka dalam galeri komuniti Explore untuk dicuba oleh pengguna lain. -Foto YouTube
Permainan yang dijana boleh disimpan, dikongsi dengan rakan melalui pautan khas atau diterbitkan secara terbuka dalam galeri komuniti Explore untuk dicuba oleh pengguna lain. -Foto YouTube

Advertisement

Ringkasan AI

  • Google melancarkan platform Playground yang membolehkan pengguna membangunkan permainan tersuai menggunakan kecerdasan buatan generatif tanpa memerlukan pengetahuan pengekodan.
  • Platform ini membenarkan permainan dijana, disimpan, dikongsi melalui pautan khas, atau diterbitkan dalam galeri komuniti Explore untuk dicuba pengguna lain.
  • Playground dibuka secara berperingkat kepada pengguna berumur 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat dengan akses dikawal melalui sistem kuota token mingguan.

SAN FRANCISCO: Google hari ini melancarkan platform eksperimental baharu dikenali sebagai Playground yang membolehkan pengguna membangunkan permainan secara tersuai dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) generatif, lapor Amanz.

Menerusi platform berasaskan pelayar web itu, pengguna boleh menghasilkan permainan hanya dengan memasukkan prom bahasa tabii tanpa memerlukan pengetahuan pengekodan atau kemahiran reka bentuk permainan tradisional.

Permainan yang dijana boleh disimpan, dikongsi dengan rakan melalui pautan khas atau diterbitkan secara terbuka dalam galeri komuniti Explore untuk dicuba oleh pengguna lain.

Bagi menghasilkan permainan, pengguna hanya perlu menulis prom yang menerangkan mekanisme permainan, memilih visual dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D), serta menentukan sama ada permainan itu dimainkan secara solo atau berbilang pemain.

Sebagai langkah memperluas keupayaannya, Google turut bekerjasama dengan Unity Software untuk mengintegrasikan Unity Spark pada penghujung tahun ini.

Integrasi itu dijangka membolehkan penghasilan grafik 3D berkualiti tinggi serta mekanik permainan bertaraf profesional.

Platform itu dibuka secara berperingkat kepada pengguna berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat.

Akses kepada fungsi penjanaan permainan dikawal menerusi sistem kuota token mingguan, dengan pelanggan Google One AI menerima peruntukan yang lebih tinggi.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah itu platform Playground yang dilancarkan oleh Google? 
    A: Playground ialah platform eksperimental berasaskan pelayar web yang membolehkan pengguna membangunkan permainan secara tersuai dengan bantuan kecerdasan buatan (AI) generatif tanpa memerlukan pengetahuan pengekodan atau kemahiran reka bentuk permainan tradisional.
  • Q: Bagaimana pengguna boleh menghasilkan permainan di Playground? 
    A: Pengguna hanya perlu menulis prom bahasa tabii yang menerangkan mekanisme permainan, memilih visual 2D atau 3D, serta menentukan sama ada permainan dimainkan secara solo atau berbilang pemain.
  • Q: Apakah kelebihan integrasi Unity Spark dalam platform ini? 
    A: Integrasi Unity Spark dijangka membolehkan penghasilan grafik 3D berkualiti tinggi serta mekanik permainan bertaraf profesional pada penghujung tahun ini.
  • Q: Siapakah yang boleh mengakses platform Playground? 
    A: Platform ini dibuka secara berperingkat kepada pengguna berusia 18 tahun ke atas di Amerika Syarikat.
  • Q: Bagaimana akses kepada fungsi penjanaan permainan dikawal di Playground? 
    A: Akses dikawal menerusi sistem kuota token mingguan, dengan pelanggan Google One AI menerima peruntukan yang lebih tinggi.

Must Watch Video

Advertisement