awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beijing 2022: Nasib tidak menyebelahi Aruwin dalam acara slalom

Bernama
Bernama
09/02/2022
06:46 MYT
Beijing 2022: Nasib tidak menyebelahi Aruwin dalam acara slalom
Aruwin terjatuh ketika meluncur menuruni laluan dalam Run 1 slalom wanita di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing. - REUTERS/Wolfgang Rattay
KUALA LUMPUR: Nasib tidak menyebelahi atlet lucur Alpine wanita negara Aruwin Idami Salehhuddin pada cubaan keduanya di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022, hari ini.
Selepas berjaya menduduki tempat ke-38 yang membanggakan dalam acara giant slalom wanita pada Isnin, Aruwin terjatuh ketika meluncur menuruni laluan dalam Run 1 slalom wanita di Pusat Ski Alpine Nasional Yanqing.
Peluncur berpangkalan di Colorado yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-18 Isnin depan, sedang meluncur dengan baik, sebelum terjatuh hampir kepada garisan penamat, seterusnya gagal layak ke Run 2.
Peluncur Jerman Duer Lena mendahului Run 1 dengan catatan 52.17 saat (s), diikuti atlet Switzerland Gisin Michelle (52.20s) dan Hektor Sara (52.29s) layak ke Run 2 dan pusingan akhir sebagai pencabar utama.
Atlet beusia 17 tahun yang mencipta rekod sebagai wanita rakyat Malaysia pertama bertanding di Olimpik Musim Sejuk, mencatatkan 1:06.13s pada Run 1 acara giant slalom pada Isnin pada kedudukan ke-46.
Pada Run 2 pada hari sama, beliau mencatatkan 1:06.15s, untuk menduduki tempat ke-38 dengan masa keseluruhan 2:12.28s.
Cabaran negara di Sukan Olimpik Musim Sejuk akan diteruskan oleh seorang lagi peluncur Alpine Jeffrey Webb yang membuat penampilan pertama pada 2018 di Sukan Olimpik Pyeongchang di Korea Selatan dalam acara slalom lelaki pada 16 Februari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aruwin Idami Salehhuddin
#atlet luncur
#slalom
#Olimpik Musim Sejuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan