awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas juara tinju dunia Amir Khan mangsa rompakan bersenjata di London

Astro Arena
Astro Arena
19/04/2022
06:35 MYT
Bekas juara tinju dunia Amir Khan mangsa rompakan bersenjata di London
Khan kembali bertinju selepas berehat lama untuk pertembungan menentang Kell Brook pada Februari lalu, tetapi tumbang dalam pusingan keenam di Manchester. - Stadium Astro
AMIR KHAN telah dirompak selepas diacukan senjata di Leyton, timur London, malam tadi.
Bekas juara dunia kelas welterweight berusia 35 tahun yang memenangi pingat perak di Sukan Olimpik 2004 itu kemudian memperincikan insiden berkenaan dalam ciapannya di Twitter.
Khan berkata dia yang ketika itu bersama isterinya, Faryal Makhdoom, didatangi dua lelaki yang meminta jam tangannya.
Namun, dia menyatakan bahawa dia dan isterinya tidak tercedera.
"Baru sahaja jam tangan saya terpaksa ditanggalkan selepas diacukan senjata di timur London, Leyton," ciap Khan.
"Saya melintas jalan dengan Faryal, nasib baik dia beberapa langkah di belakang saya. Dua lelaki meluru ke arah saya, dia meminta jam tangan saya sambil mengacukan pistol ke muka saya. Apa yang penting ialah kami berdua selamat.."
Khan kembali bertinju selepas berehat lama untuk pertembungan menentang Kell Brook pada Februari lalu, tetapi tumbang dalam pusingan keenam di Manchester.
Just had my watch taken off me at gun point in East London, Leyton. I crossed the road with Faryal, luckily she was few steps behind me. 2 men ran to me, he asked for my watch whist having a gun pointed in my face. The main thing is were both safe.
— Amir Khan (@amirkingkhan) April 18, 2022
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI STADIUM ASTRO
Topic Berkaitan
#Amir Khan
#rompakan jalan
#London
#bekas juara tinju dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan