awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
17/02/2022
07:36 MYT
Bekas jurulatih belia Barcelona B bantu Kim Pan-gon kemudi skuad Harimau Malaya
Empat individu menjadi taruhan Kim Pan-gon dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Barcelona B. - Foto Astro AWANI
KELANA JAYA: Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengumumkan barisan kejurulatihan yang akan membantunya mengemudi barisan pemain negara sebaik beliau memulakan tugas membimbing Malaysia.
Empat individu menjadi taruhan beliau dan yang paling mencuri tumpuan ialah Pau Marti Vicente yang sebelum ini merupakan pembantu jurulatih skuad bawah 19 (B-19) tahun kelab Sepanyol, Barcelona B.
Pengalaman luasnya bersama kelab Catalan itu bermula pada 2017 di mana Vicente bersama ketua jurulatih B-18 Barcelona berjaya membawa skuad muda kelab itu menjuarai pertandingan UEFA Youth League.
Antara pemain di bawah kendaliannya adalah bintang muda yang kini sedang meningkat naik, Ansu Fati selain beberapa nama lain seperti Alvaro Sanz, Arnau Comas dan ramai lagi.
Skuad Kebangsaan | Pengumuman barisan kejurulatihan
Selain itu, tiga lagi pembantu yang bakal bertugas bersama Pan-gon ialah jurulatih penjaga gol, Cho Jun Ho, jurulatih kecergasan dari Turki, Dr Gokhan Kandemir dan penganalisis, Lim Jaehun.
Jun Ho merupakan bekas penjaga gol kebangsaan Korea Selatan dan pernah bermain bersama Pohang Steelers manakala Gokhan pernah bertugas dalam pasukan yang bersaing di Turkish Super League.
Janji ketua jurulatih kebangsaan bawa Harimau Malaya ke 'next level'
Pan-gon juga dijangka mengumumkan seorang lagi penolong jurulatih dalam kalangan anak tempatan untuk memudahkan Pan-gon memahami budaya dan suasana bola sepak negara.
Begitupun, menurutnya, beliau masih lagi melihat beberapa nama yang dicadangkan dan keputusan dijangka diketahui dalam masa terdekat.
Antara nama yang hangat diperkatakan untuk mengisi jawatan itu ialah Ketua Jurulatih Sarawak United, E Elavarasan namun buat masa ini, semuanya masih lagi belum diputuskan.
Difahamkan, Pan-gon sendiri yang akan memilih individu tersebut sebelum mengumumkannya.
Topic Berkaitan
#Jurulatih Kebangsaan Malaysia
#Harimau Malaysia
#Kim Pan-gon
#Pau Marti Vicente
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan