awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain Manchester City, Peter Barnes mahu kemudi Harimau Muda

Astro Arena
Astro Arena
19/10/2015
00:00 MYT
Bekas pemain Manchester City, Peter Barnes mahu kemudi Harimau Muda
Menurut Barnes, kepentingan utama adanya jurulatih asing kerana calon itu tidak akan bersefahaman dengan politik bola sepak Malaysia sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara yang membabitkan skuadnya. - Foto Astro Arena
Senarai calon yang telah mengemukakan permohonan untuk membantu bola sepak negara semakin berkembang setelah bekas pemain Manchester City, Peter Barnes menyuarakan minat mengendalikan Harimau Muda.
Menurut sumber ESPN, minat Barnes mengenai jawatan itu hasil daripada kaitannya bersama Malaysia selaku pengulas sukan. Selain itu, Ken, selaku bapanya juga pernah menjadi jurulatih kepada pemain kurang upaya selama 10 tahun di Malaysia.
Barnes turut berkongsi pandangan mengenai pelantikan ketua jurulatih luar untuk mengendalikan Harimau Malaya yang bakal didedahkan pada 30 Oktober ini.
Menurutnya, kepentingan utama adanya jurulatih asing kerana calon itu tidak akan bersefahaman dengan politik bola sepak Malaysia sekali gus memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkara-perkara yang membabitkan skuadnya.
Perkembangan ini membuktikan bahawa jawatan kosong Harimau Malaya dan Harimau Muda masih mempunyai daya tarikan yang kuat terhadap beberapa nama besar di luar negara.
Bekas pemain Manchester City itu boleh ditontoni di Astro Supersport bersama pengulas sukan antarabangsa lain seperti Steve McMahon, Paul Parker dan Abbas Saad.
Topic Berkaitan
#espn
#Harimau Muda Harimau Malaya
#Manchester City
#Peter Barnes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan